Jumaat, 23 Disember 2005

Penutup Tahun 2005 Satu Kegembiraan

Tahun 2005 cuma tinggal 8 hari lagi.

Bagi saya beberapa peristiwa gembira menjadi penutup tahun 2005.

Pertama, Along anak perempuan saya lulus semua paper exam akhir semester dengan pointer yang agak bagus. Bagi Along, dia hanya perlu menyiapkan thesis tahun akhirnya bagi melayakkan diri ke konvo yang dijadualakn bulan Ogos 2006.

Kedua, anak ketiga saya, A'am, lulus peperiksaan undang-undang lalu-lintas nya setelah mengambilnya pada kali kedua.
Ketiga, anak ke emapat saya, Icah, lulus PMR nya dengan kutipan 6 A dan 2 B. Ini di kira cukup memuaskan.

Nampaknya saya kena belanja mereka semua makan di buffet dinner di hotel Cyberjaya.

Semoga kegembiraan ini berkekalan sehingga tersingkap tirai 2006.

(alang bidara - 23/12/2005)

0 ulasan: