Isnin, 26 Julai 2010

Sherlock Holmes lebih popular daripada Tom Cruise





Berita dari akhbar online Guardian Inggeris menyebut bahawa siri detektif Inggeris kurun ke 19, Sherlock Holmes yang disiarkan di TV saluran BBC1 berjaya menarik lebih ramai penonton daripada siri kereta Top Gear yang mengundang pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, yang disiarkan di TV saluran BBC2.

Sherlock Holmes menarik jumlah penonton tertinggi iaitu 7.4 juta orang, manakala Top Gear pula berjaya menarik jumlah penonton tertinggi seramai 6.6 juta orang.

Siri detektif evergreen itu dicerekakan semula oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat, dua orang penulis yang harum nama apabila mereka mencipta watak Doctor Who, kisah saintis masa depan yang mampu bergerak ke masa depan atau masa lampau.

Watak Sherlock Holmes dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch, manakala watak rakan detektif itu, Dr Watson dipegang oleh Martin Freeman.

Kisah ini boleh dibaca DI SINI.

NOTA: Gambar kulit buku di atas adalah antara koleksi novel dan cerpen Sherlock Holmes, versi Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh penerbit buku, PTS One Sdn Bhd.

Ahad, 25 Julai 2010

"Mengelilingi dunia kerana buku"

Cik Puan Magali Tardivel dan Tuan Jeremie adalah dua orang wartawan/blogger warga Perancis yang mengelilingi dunia selama 14 bulan bagi bertemu warga kerja yang bertugas dalam industri penerbitan buku, iaitu penebit buku, penjual buku, para penulis serta pelbagai pertubuhan yang terlibat dengan industri penerbutan buku.

Antara tujuan penting pengembaraan mereka ialah mempromosi Expo Buku Franfurt, Frankfurt Book Fair.

Semasa di Malaysia mereka bertemu dan mewawancara pihak MABOPA, seorang penulis bebas, seorang penjual buku dan pihak sebuah penerbit buku kanak-kanak.

Tentunya kisah pengembara mereka sungguh menarik dan penuh dengan maklumat menarik bagi semua penulis.

Kisah pengembaraan mereka boleh di baca DI SINI.

Baca petikan berita pasangan ini melawat Malaysia DI SINI.

Laman web Frankfurt Book Fair pula DI SINI.