Ahad, 4 Disember 2005

Perjalanan Pulang dan Membeli Kain di Nilai

Di dalam perjalanan pulang dari kampong Kuala Sg Baru Melaka untuk kembali ke Lembah Kelang, kami singgah makan di gerai Mak Mah (24 jam) di Port Dickson. Saya makan nasi tetapi isteri dan anak-anak saya makan chicken chop, fish & chips dan roti canai. Selesai makan, waktu Maghrib pun telah masuk.

Kami singgah untuk solat di Masjid Port Dickson. Dari PD kami melalui Sendayan, Labu dan Nilai. Di Nilai kami singgah kerana isteri saya hendak membeli kain ela.

Semasa menunggu isteri dan anak-anak perempuan saya membeli-belah di dalam kereta bersama 3 dari anak-anak lelaki saya. Dari tempat itu saya dapat memerhati kenderaan yang lalu lalang di lebuhraya yang menuju ke tol Nilai pintu masuk ke lebuhraya PLUS. Terasa agak relax waktu itu, kerana kami tak perlu rush untuk pulang. Keadaan di kedai-kedai juga agak lengang.

"Lain kali kalau nak nak shopping kain di sini kita datang waktu seperti ni la ye..?" Saya mencadangkan kepada isteri saya. Dia bersetuju. Anak-anak saya pun bersetuju.

Begitulah agaknya suasana di petang Ahad (Malam Isnin) di Nilai 1. Lengang, tenang dan relax. Tak payah bersesak-sesak, tak perlu berasak-asak untuk memilih kain yang nak dibeli.

(alang bidara - 4/11/2005)

0 ulasan: