Sabtu, 3 Disember 2005

Komitmen dan Tanggungjawab Sosial

Seorang teman di pejabat memberikan sekeping kad jemputan kahwin.

"Bila ye?" tanya saya.

"Dua minggu lagi," jawabnya.

Sudah tentu bukan kenduri untuk dia, tetapi anak pertamanya. Teman ini agak rapat dengan saya. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk hadir ke majlis dia di Sungai Buloh itu, walau apa pun halangan yang bakal mendatang. Tanpa meneliti tarikh nya, saya beranggapan harinya tentulah hari Ahad.

Adik ipar pula hendak mengadakan kenduri kesyukuran pada hari Sabtu pukul 8.00 malam di kampongnya di Melaka. Saya telah berjanji dengan isteri saya untuk pulang ke kampong awal pagi Sabtu, supaya sempat membuat persediaan kenduri kesyukuran. Dan balik ke Kuala Lumpur awal pagi Ahad supaya bersempatan pula untuk ke Sungai Buloh bagi hadir ke majlis kenduri anak teman sepejabat itu.

Lewat petang Jumaat di pejabat, seorang teman lain bercakap tentang jalan ke rumah teman yang mangadakan kenduri anaknya di Sungai Buloh itu.

"Hari Ahad, kan?" Secara tak semena-mena saya bertanya. "Sabtu lah...".

Saya membuka beg dan menyemak kad jemputan itu.

"Masya Allah.... ye la besok laa..."

Lewat malam Sabtu, selepas belanja keluarga saya makan steak di Kg Baru, Kuala Lumpur, saya terpaksa berunding dengan isteri saya cara menyelesaikan "pertembungan jadual" kami itu.

Persetujuan dicapai setelah sejam berbincang.....

Isteri saya akan balik ke kampung menumpang kereta adiknya dan adik iparnya di pagi Sabtu, kerana isteri saya telah menerima permintaan adiknya untuk memasak dan menguruskan kenduri kesyukuran adiknya di kampungnya di Melaka.

Saya pula bersama-sama anak-anak akan ke majlis kenduri kahwin anak teman pejabat saya di Sungai Buloh tengah hari Sabtu dan akan balik ke Melaka selepas kenduri itu. Maka akan sempat juga untuk berada di kampong untuk majlis kesyukuran itu.

Dengan 'penjadulan semula' tersebut maka dapatlah kami sekeluarga memenuhi komitmen serta janji kami kepada saudara terdekat, dan di masa yang sama memenuhi tanggung-jawab sosial terhadap sahabat handai. Alhamdulillah... (alang bidara - 3/12/2005)

0 ulasan: