Ahad, 25 Disember 2005

Ikan Jenahak Besar dimakan 3 orang

Selepas melawat pusat ternakan kepunyaan Alias kami ke Gerai Makan Ikan Bakat Persatuan Nelayan Melaka Barat, yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.

Kerja ubahsuai bangunan belum selesai, jadi pengunjung terpaksa bersesak-sesak di bawah khemah style 'kenduri kahwin' di sebelah bangunan. Hampir semua meja dipenuhi pelanggan. Kami berdiri dekat sebuah meja, tak lama 3 buah kerusi dibawa untuk kami.

Kami memilih seekor ikan jenahak yang agak besar dan sedikit udang untuk dimasak goreng tepung.

"Jenakah masak masam manis."

"Abang, yang ni sesuai untuk 5 orang makan, mungkin tak habis kalau 3 orang makan."

"Tak apa. Kami nak juga."

Lama juga kami menunggu. Lebih setngah jam...!

Tetapi penantian itu berbaloi sekali. Ikan jenahak 'fresh' seberat 1.4 kg itu habis kami kerjakan.

Isteri saya puas hati. Begitu juga Halim. Dia yang belanja kami makan. Dia pun kata puas hati tunggu lama.

Tentunya kami akan datang lagi ke sini. Harap kerja ubahsuai bangunan akan siap bila kami datang lain kali. (alang bidara - 25/12/2005)

0 ulasan: