Isnin, 22 Oktober 2007

Rindu Musim Derita

Biar berlalu
sendu semalam
kau masih
dalam ingatan
segar mekar

Sesudah berlalu
musim bunga
aku masih menanti
kembang mekar
sekuntum mewangi

Aduhai kekasih
tiba kini
rindu musim derita
diriku membeku
pilu dan ngilu.

Sabtu, 13 Oktober 2007

Khamis, 11 Oktober 2007

Amelina & Sheeda - Secangkir Madu Merah

SALAM IDIFITRI

Tarikh: 27 Ramadhan 1428
Lokasi: 3 buah rumah dan sebuah kereta
Situasi: "Menguruskan Konflik"

Rumah 1
-------
"Abang, nanti balik kampung Ani dulu ye."
"Insya Allah. Kita akan balik beraya.

Rumah 2
-------
"Abang, kenapa balik kampung Kak Ani dulu? Kan abang janji tahun ini balik rumah mak Milah?"
"Insya Allah. Kita akan balik beraya tahun ini."

Rumah 3
-------
"Abang, tahun ini bukan kampung Kak Ani atau kampung Kak Milah. Tahun ini giliran kampung Anis, kan bang?"
"Insya Allah. Tahun ini kita akan beraya di kampung."

Kereta
-------
"Isteri-isteri abang tak kisah ke, tahun ini abang datang beraya ke kampung Ika?"
"Insya Allah. Semoga Allah permudahkan..."

Nota: SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI. SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN.

Rabu, 10 Oktober 2007

SIAKAP KUKUS LIMAU



Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
4 cm halia, dihiris nipis
3 ulas kecil bawang putih, dihiris nipis
1 ulas bawang , dipotong-potong
½ biji lada Mexico
1 sudu besar jus lemon
gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak
1. Lumurkan gula dan garam ke seluruh ikan.
2. Masukkan ikan ke dalam pinggan atau loyang pengukus. Masukkan bahan yang dihiris(halia, bawang putih, bawang besar, dan bawang Mexico).
3. Tuangkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masak air sehingga mendidih.
4. Kukus selama 10 minit.
5. Masukkan jus lemon.

Boleh juga digunakan limau nipis yang dipotong-potong sebagai ganti kepada jus lemon, dan juga tambah serai, daun limau purut, ketumbar dan lengkuas.

Selamat mencuba.

S Jibeng - Musafir Di Aidil Fitri

Rindu akhir di persimpangan waktu

Titis
demi titis
cinta kita
yang rentung
kembali segar
disirami embun

Biarkanlah
kuntuman kasih
diharumi kasturi
dipanas mentari
di siang hari

Aduhai kekasih
kupupuk rindumu
kau hiasi rinduku
semoga subur
di persimpangan waktu.

Selasa, 9 Oktober 2007

Amir Uk - Seksa

Ziana Zain - Kemelut Di Muara Kasih

Deep Purple - Soldier Of Fortune

Whitesnake - Fool for your loving

Styx - Boat On The River

URIAH HEEP JULY MORNING

ABC - The Look Of Love

Duran Duran Come Undone

Madonna La isla bonita

Angela - Ariel RAD (USA) et Candice PASCAL (France)

Nancy Ajram Ya TabTab

NANCY AGRAM - MO'GABA

Nancy Ajram Lawn Eiounak

Nancy Ajram - Ehsas Gedied

Nancy Ajram Enta Eih

Diana Haddad - Ana al insan

Tamer Hosni - Einaya Bithebak

Amir Diab - Amarain

AMiR DIAB - WALA 3ALA BALW

AMiR DIAB "El Allem Alla"

Amir Diab- habibi ya nor el ayn

Metin Şentürk - ALLAH biliyor

Metin Sentürk unutma beni

Metin Şentürk gözler kalbin aynasıdır

Muazzez Ersoy - yâ$âmâ §éßéßîmé

Muazzez ERSOY - ADINI ANMAYACAĞIM

Muazzez Ersoy aska davet olmaz

Muazzez ERSOY-Seven Olmazki-yıl 1982 yeni bir yıldız doğuyor

Muazzez Ersoy - kollarında öleyim başka bir şey istemem

Muazzez Ersoy Bir fincan kahve olsam

Muazzez Ersoy - KADER diyemezsin

Sabtu, 6 Oktober 2007

Boleh berpoligami dengan syarat maklumkan kepada isteri pertama

Setelah lama berdebat secara akademik dan banyak pendedahan sensasi, barulah mahkamah tertinggi Indonesia memutuskan untuk mempertahankan hak orang lelaki mempunyai berbilang isteri.

Walau bagaimana pun Mohamad Insa, peniaga dari Jakarta yang membawa kes itu ke mahkamah semalam menyatakan rasa tidak puas hati kerana mahkamah mensyaratkan suami perlu memaklumkan hasrat berpoligami kepada isteri pertama.

“Dalam Islam mana ada syarat isteri pertama mesti setuju, atau hanya apabila isteri pertama lumpuh,” kata Encik Insa ketika ditemui di luar Mahkamah Perlembagaan sebaik sahaja selesai pembicaraan. Dia marah kerana saksi utama beliau tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. “Saya telah memanggil seorang pakar dan pengamal poligami untuk mempertahankan petisyen saya, tetapi beliau tidak dibenarkan memberi keterangan.”

Encik Insa, yang enggan mendedahkan butiran tentang amalan poligami beliau, berkata antara perkara yang menjadi tumpuan utama beliau ialah hak mewarisi harta pusaka para isteri kedua dan anak-anak mereka.

Walaupun poligami memang amalan yang meluas di negara yang mempunyai majoriti umat Islam itu, amalan itu tidak pernah gagal dari mencetuskan kontroversi.

Seorang pendakwa popular Abdullah “Aa Gym” Gymnastiar telah membangkitkan sentimen di peringkat nasional setahun lalu apabila beliau memperisterikan seorang janda bekas model beranak tiga.

Menjadi pandangan popular di Indonesia bahawa poligami ialah jalan keluar mudah bagi perkahwinan yang tidak bahagia, atau sebagai satu cara suami miang memuaskan nafsu tanpa menceraikan isteri pertama.

Pengkritik Aa Gym melemparkan tuduhan sebegitu terhadap beliau, kononnya beliau hanya tunduk kepada sentimen popular dan meminta simpati dari 95 peratus umat Islam Indonesia.

Aa Gym berhujah dengan membaca ayat-ayat Qur’an yag mengisytiharkan poligami sebagai amalan yang boleh diterima sebagai jalan keluar wajar.

Berita penangkapan mereka yang terlibat dengan poligami mendapat liputan yang meluas, bukan sahaja terhad di dada akhbar tabloid, malah dalam akhbar-akhbar arus perdana. Begitulah keghairahan masyarakat terhadap cerita sensasi berunsur sex di sebalik masyarakat yang begitu bersopan.

Zeni yang berumur 33 tahun berasal dari Sumatera menjadi tajuk utama berita apabila beliau dan Novita, 22 tahun dihukum penjara empat bulan selepas berkahwin, semata-mata kerana dia gagal memaklumkan perkahwinan itu kepada isteri pertama Zeni, Ratna, 29 tahun.

“Kami sudah tidak sefahaman lagi,” katanya mengenai perkahwinannya dengan isteri pertama yang kini mengandungkan anak mereka yang keempat. Ratna pula mendakwa dia tidak nampak apa-apa kecacatan dalam perkahwinan mereka.

Ratna Batara Munti dari Persatuan Keadilan Wanita Indonesia berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah itu kerana keputusan itu mengukuhkan had poligami, tetapi beliau menyeru supaya undang-undang mengenai poligami dihapuskan seluruhnya. “Jika wanita mempunya pilihan, kami tidak mahu langsung poligami; poligami hanya berlaku kerana kami lemah di sudut ekonomi, undang-undang dan hak asasi manusia,” katanya.

oleh
Stephen Fitzpatrick, Koresponden Jakarta - 4 Oktober, 2007
Terjemahan bebas oleh: Imran Yusuf

Jumaat, 5 Oktober 2007

Berita Tentang Peserta Penerbangan Angkasalepas Dari Malaysia


Apabila membaca berita dan melihat publisiti yang diberikan kepada peserta penerbangan angkasalepas oleh media cetak dan eletronik tempatan, kita merasa gembira dan bangga.

Apa tidaknya, negara kita antara negara umat Islam yang banyak kita dahulu yang menghantar 'angkasawan negara' menyertai pasukan Expedition 16, gabungan NASA, Agensi Angkasalepas Eropah (ESA) dan Agensi Angkasalepas Persekutuan Russia (FSA).

Namun apabila menatap laman web rasmi NASA, peserta Exepedition 16 dari Malaysia hanya dipanggil peserta penerbangan angkasalepas (Spaceflight Participant), bukan Angkasawan, hati terasa sedih bercampur malu.

Tidak percaya? Silalah baca di SINI.

Selasa, 2 Oktober 2007

Senjata Polis Peranchis





Senjata jenis Manurhin P-73 dan P-93 ialah senjata ringan yang digunakan secara meluas oleh anggota polis Peranchis.

Senjata Pegawai Tentera Jerman




Pistol Walther P-38 ini digunakan oleh pegawai tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Ketika itu pistol yang digunakan Jerman memang lebih superior dari pistol buatan Amerika dan yang dibuat oleh Britain