Jumaat, 2 Mei 2008

"Hutang darah dibayar dengan kapal!" (Bhg 4) - dari fail sejarah

Setelah syarikat perkapalan negara MISC ditubuhkan pada tahun 1968,
dengan nama asalnya "Malaysian International Shipping Corporation
Berhad (MISC)," kapal pertamanya diberi nama M.V. Bunga Raya,
mengambil sempena nama Bunga Kebangsaaan Malaysia. ("M. V." bermaksud
"Motor Vessel" atau "Kapal Berinjin"). Khabarnya nama kapal-kapal MISC
diberi nama awalan "Bunga" selepas itu hasil dari idea Perdana Menteri
kita yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Di antara kapal-kapal terawal kepunyaan MISC, dua buah daripadanya,
iaitu MV Bunga Orkid dan MV Bunga Tanjung mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Ini ialah kerana dua buah kapal inilah yang diberikan oleh
kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia, sebagai 'membayar hutang
darah' (blood debt), ekoran daripada perang yang dipaksakan ke atas
negara ini oleh tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Walau pun tidak mungkin setimpal harga dua buah kapal itu dengan nilai
entah berapa puluh, malah ratus ribu nyawa rakyat negara ini yang
terdiri dari berbilang kaum, Melayu, China dan India, yang terkorban
akibat dari peperangan itu; namun itulah sahaja yang Jepun berikan.
Berbaloi atau tidak, tertebus atau tidak kesesengsaraan warga negara
ini memang boleh dibahaskan.

Namun dua kapal sebagai 'bayaran darah' turut kekal dalam lipatan
sejarah maritim negara ini, sebagaimana juga Perang Dunia Kedua kekal
dalam lipatan sejarah dunia.

6 ulasan:

Dyat berkata...

Oh begini rupanya sejarah MV Bunga Raya.

Tapi hayat kapal ini panjang. Saya masih ingat menghantar bapa saya pada 2-3 tahun lepas ke Port Klang dia bertugas sebagai auditor kapal ketika itu.

Tidak silap saya kapal ini yang dia naik dan audit. Bunga raya!

Imran Yusuf berkata...

Assalamu'alaikum Sdr Dyat,

Nama sesebuah kapal tidak semestinya kekal dengan satu nama, sebagaimana tidak semestinya satu nama kapal itu kekal pada satu kapal.

Misalnya kapal yang namanya 'MV Bunga Raya' mungkin ditukar nama kepada 'MV Tokyo Express', apabila bertukar milik. Begitu juga kapal 'A' milik sesebuah syarikat kapal mungkin diberi nama 'MV Bunga Raya' dan selepas kapal 'A' dijual atau dilipuskan, syarikat kapal itu mungkin menamakan kapal baru (kapal 'B') denagan nama 'MV Bunga Raya' juga.

Dyat berkata...

Waalaikumsalam wbt.

Oh macam tu... terima kasih atas jawapan =)

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun 1983 saya bersama 6 rakan menaiki kapal MV bunga Orkid ini sebagai Engine Cadet. Ianya adalah seatime training bagi pengajian Marine Engineering utk tempoh setahun diatas kapal ini. Banyak kenangan pahit manis dikapal ini.
- Hussen Saad(194/MM/80)

Tanpa Nama berkata...

Pada 1983 saya bersama 6 rakan telah menaiki kapal MV Bunga Orkid ini sebagai Engine Cadet selama setahun. Ianya adalah seatime training bagi pengajian Marine Engineering. Banyak kenangan pahit manis waktu itu.
- Hussen Saad (194/MM/80)

Imran Yusuf berkata...

Assalamu'alaikum Tuan Hussen Saad (194/MM/80),

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.

Saya terharu apabila pelaut atau bekas pelaut berkunjung ke blog ini, apatah lagi apabila beliau meninggalkan komen.

Terima kasih sekali lagi.

Selamat maju jaya.