Jumaat, 16 Mei 2008

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)




APMM dilancarkan dengan rasminya pada 21 Mac 2006, melalui penguatkuasaan Akta APMM (Akta 633), dengan cogankata "Mengawal, Melindung, Menyelamat."

Sebelum APMM ditubuhkan tugas penguatkuasaan maritim negara ini dijalankan oleh lapan (8) agensi iaitu Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Polis Marin, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja (KDRM), Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen.

Kajian yang dijalankan oleh pihak kerajaan menunjukkan tugas penguatkuasaan maritim oleh lapan agensi ini boleh diperkemaskan dan diperbaiki lagi sekiranya tugas itu dijalankan oleh satu entiti. Maka tertubuhlah APMM.

Pihak APMM bertugas 24 jam sehari mengawal perairan negara, terutama sekali di sekitar 12 batu nautika dari pesisir pantai negara.

Model operasi APMM hampir sama dengan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard).

Laman APMM boleh dilihat DI SINI.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

8 agensi pun masing-masing dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. takde masalah pun sebelum ni... apahal lak sekarang ada masalah pulak?

saidmarin berkata...

betul tu,kuasa had kejar APMM xboleh sampai ke darat seprtimana Polis Marin.kuasa APMM terbatas.last2 timbul ada masalah lak..kajian apa!tengoklah skrg tangkap sikit panggil press..nak glamor...ada hati plak nak rampas pangkalan polis marin n aset.Polis marin vs APMM berbeza fungsi...APMM di lautan lepas Polis Marin 12 btn ke pantai,sungai,pulau dan tasik

Tanpa Nama berkata...

kapal peronda kastam marin jenis "bahtera" semua diaorang amik.. yg tinggal hanya bahtera pulai jerr.. habis semua berpecah bahagian dek kerana diaorg niiiii..
nk glamour je lebihhhhh.. beli sendiri lahhh...
hidup kastam marin!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ini semua untuk kepentingan negara kita, bukan untuk apmm jeh. tak perlu timbul sapa dapat nama, yang penting negara kita aman damai.salam