Isnin, 14 Ogos 2006

Gencatan Senjata di Timur Tengah ?

Terkini diberitakan kedua-dua pihak kerajaan Lebanon dan regim Israel telah bersetuju menerima draf gencatan senjata yang dicadangkan oleh pihak PBB.

Namun Israel belum mengundurkan tenteranya dari bumi Lebanon. Pihak Hizbullah pula bersetuju dengan gencatan senjata jikalau ianya diterima oleh kerajaan Lebanon. Tetapi Hizbullah menegaskan mereka tidak akan behenti dari memerangi Israel selagi tentera regim itu berada di dalam negara Lebanon.

Kita merasa hairan pemimpin negara-negara Arab seolah-olah menyalahkan Hizbullah di dalam krisis ini, sedangkan pendapat umum rakyat di kebanyakan negara Arab menyokong Hizbullah, malah mengangkat Hassan Nasrallah sebagai hero baru negara Arab di di dalam perjuangan menghadapi regim Israel.

Gencatan senjata yan dicadangkan belum tentu akan menjadi kenyataan.

0 ulasan: