Jumaat, 18 Ogos 2006

Beberapa negara telah bersedia menghantar tentera pengaman ke Lubnan

Kita merasa hairan mengapa begitu banyak negara yang talah bersedia menghantar tentera pengaman bagi pihak PBB ke Lubnan.

Adakah kerana imbuhan kewangan yang tinggi yang akan diperolehi dari PBB?

Adakah kerana menjaga kepentingan agama masing-masing (Islam dan Kristian)? Sebagaimana kita maklum Lubnan mempunyai 55% penduduk Islam, dan yang lainnya majoritinya Kristian.

Atau adakah ini merupakan akan berulangnya sejarah perang salib, yang mana akan melibatkan perebutan pihak Islam dan Kristian di kawasan bumi Nabi-Nabi itu?

Sama-samalah kita perhatikan perkembangannya.

0 ulasan: