Jumaat, 11 Ogos 2006

KEKERINGAN PETROL: PERANAN RAKYAT

Kalau dilihat perkembangan terbaru mengenai pasaran petrol ini, kebimbangan para saintis dan cerdik-pandai mengenai hakikat bekalan minyak semakin pupus di seluruh dunia semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Di Amerika Syarikat sendiri permintaan minyak telah melebihi dari pengeluaran minyak di Amerika, maka minyak terpaksa diimport dari luar negara, terutama dari Mexico, Venezuela dan Timur Tengah (Arab Saudi dan Kuwait). Pengguna minyak di Amerika adalah 5% dari penduduk dunia, tetapi memerlukan lebih 25% dari pengeluaran hasil seluruh dunia untuk menggerakkan industri dan kehidupan seharian rakyat Amerika.

Telah ada suara-suara kebimbangan yang mengatakan telaga-telaga minyak Arab Saudi telah mengalami penurunan pengeluaran, kerana telaga-telaga minyak tersebut telah dikeluarkan lebih 50% daripada reserve, iaitu telah mengalami kemuncak pengeluaran (Hubbert Peak Oil). Cuma kemungkinan bekalan minyak di Iraq masih banyak akibat daripada sekatan oleh PBB sejak selepas Perang Teluk tahun 1990’an dahulu. Sebab itulah Amerika beriya-iya memasuki Iraq, walaupun atas alas an menjatuhkan dictator Saddam Hussein.

Walaupun ada pendapat mengatakan bekalan minyak dari Laut Caspian, yang baru mula menghasilkan minyak, namun potensinya tidaklah sehebat negara-negara OPEC. Maka berkemungkinan besar bekalan dari Laut Caspian ini dapat menampung keperluan dunia buat sementara waktu sahaja.

Kalau dilihat pada perkembangan di dalam industri minyak itu sendiri, amat jelas ada syarikat minyak yang besar telah teragak-agak untuk membuat exploration minyak kerana bimbang tidak menemui minyak, sedangkan modal yang diperlukan sangat besar. Paling terbaru ialah ura-ura ChevronTexaco dan Conoco yang bersaing untuk membeli saham syarikat Unocal. Mana-mana pemilik saham majority Unocal, maka ia dapat mendapat bekalan minyak mentah kepunyaan Onocal yang sedia ada. Ini seolah-olah membawa implikasi bahawa ChevronTexaco dan Conoco berpendapat adalah lebih “murah dan berbaloi” mengambil-alih syarikat minyak yang telah sedia mempunyai telaga-telaga minyak daripada terlibat dengan industri upstream mencari-gali minyak. Kalau mencari-gali minyak maka sesebuah syarikat minyak terpaksa menghadapi risiko tiada menjumpai minyak yang baru, sedangkan pelaburan yang diperlukan mencari-gali minyak adalah sangat besar.

Paling terbaru, harga minyak mentah di pasaran dunia kemungkinan akan mencecah paras USD80 setong, berbanding USD35 di awal tahun 2005, USD55 pada bulan Mac 2005; dan USD60 di akhir bulan Jun lalu.

Di dalam tulisan saya yang lalu, telah dicadangkan bebarapa perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan di dalam menghadapi krisis kepupusan bekalan minyak ini. Didalam menghadapi bekalan petrol yang meruncing, sesungguhnya rakyat boleh memainkan peranan bagi melambatkan kehabisan bekalan petrol, malah mungkin dapat memberi tekanan ekonomi yang akan memaksa syarikat-syarikat minyak menurunkan harga petrol.

Antaranya:

Pertama, bagi mereka yang ingin membeli kereta baru, maka digalakkan membeli kereta jenis kecil dan mempunyai cirri-ciri penjimatan minyak. Sebagai contoh, Perodua MyVi dan Proton Savvy bagi model tempatan. Untuk model impot puloa, banyak model terbaru di pasaran yang dibuat lebih kecil dan mempunyai cirri-ciri penjimatan minyak ini.

Kedua, sekiranya hendak atau perlu membeli kenderaan besar misalnya model MPV, maka digalakkan mengubahsuai kenderaan tersebut agar kenderaan itu boleh menggunakan gas LPG atau CNG (seperti teksi). Buat masa ini ada sekurang-kurangnya ada dua syarikat yang menawarkan khidmat membuat pengubah-suaian itu. Sekiranya perlu menggunakan petrol, iaitu ketika berada di tempat yang tiada bekalan gas LPG/CNG, maka kenderaan itu masih boleh menggunakan petrol. Adalah difahamkan, kos gas ini sepertiga daripada kos menggunakan petrol bagi setiap perjalanan jarak yang sama.

Ketiga, kereta yang telah sedia ada juga boleh diubahsuai untuk menggunakan gas LPG/CNG ini. Dengan langkah ini, diharapkan kita akan mengurangkan penggunaan petrol. Mungkin sekiranya seorang dua sahaja yang berbuat begini, tak besar kesanya, tetapi kalau ramai memang akan mengurangkan penggunaan petrol.

Keempat, amalan berkongsi kereta atau car-pool masih boleh diteruskan, sebagaimana yang telah diwar-warkan di dalam media sebelum ini. Cara ini sebenarnya masih relevan sekarang ini.

Kelima, jika ada kemudahan kenderaan awam berhampiran pejabat dan rumah kita, maka tersangat baik sekiranya kita menggunakan kenderaan awam (bas, keretapi komuter, LRT) bagi mengurangkan penggunaan petrol. Letakkan kenderaan kita di rumah atau letak di stesyen komuter/LRT. Selain mengurangkan penggunaan petrol, kita juga akan dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas (traffic jam) di dalam Bandar. Selain itu amalan ini juga kita membuatkan kita lebih sihat kerana apabila menaiki kenderaan awam, kita mengurangkan stress serta menyebabkan kita berjalan kaki lebih jauh, ini merupakan satu exercise untuk kita.

Keenam, kita boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menyedarkan lebih ramai pengguna dengan memberikan penerangan tentang perkara ini saudara-mara, sahabat-handai, serta orang-orang yang kita kenal. Semoga apabila lebih ramai pengguna menyedari perkara ini, semakin besar kesannya terhadap pasaran minyak petrol.

[NOTA: Artikel ini saya tulis pada tahun 2005. Perkembangan terbaru kita difahamkan syarikat minyak Britain, BP telah menutup pengeluaran minyak di Alaska ekoran peralatan yang tidak keselamatan. Maka tiada pengeluaran minyak di Alaska sehingga kerja-kerja membaiki peralatan itu selesai. Ini melibatkan lebih 20 peratus keperluan minyak Amerika Syarikat. Dikhuatiri harga minyak di dunia akan meningkat lagi....]

0 ulasan: