Rabu, 16 Ogos 2006

Hamas dan Hizbullah

Hamas menang pilihanraya Palestin dan Fatah kalah.

Hizbullah lahir setelah begitu lama berlaku perang saudara di Lebanon. Pencapaian cemerlang Hizbullah ialah kejayaan mereka mengusir tentera Maerika dan Perancis dari Beirut.

Tetapi lebih cemerlang lagi bila ia berjaya mengusir tentera Israel dari selatan Lenanon.

Namun yang paling cemelang ialah bila berjaya memerangi pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Lebanon selama lebih sebulan.

Kita percaya oleh kerana regim Israel belum bersedia menerima kerugian dari segi kematian anggota tentera dan kemusnahan kereta kebal serta kapal lautnya, maka mereka bersetuju dengan gencatan senjata cadangan PBB. Sekiranya tentangan Hizbullah tidak begitu "menyakitkan" mereka sudah tentu mereka akan terus menyerang Lebanon dan membunuh ramai lagi orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Selama ini tentera Israel membina kekuatan tentera dari segi peralatan perang yang moden dan canggih, sehingga anggota tentera serta panglima perang mereka merasakan mereka tentera yang paling hebat dan kebal di dunia. Mereka menyangka tiada tentera dari mana-mana negara pun dapat mencabar kekuatan mereka.

Tetapi bila mereka hampir dikalahkan oleh puak militia yang bukan tentera mana-mana negera, kerana Hizbullah hanya kumpulan tentera satu pertubuhan di Lebanon, maka kita dapat mengagak betapa malu dan tercalarnya kesombongan mereka itu.

Baru sekarang mereka bertemu buku dengan ruas.

Bayangkan apa senario akan datang apabila Hamas juga mempunyai kekuatan seperti Hizbullah.

0 ulasan: