Khamis, 10 Ogos 2006

Venezuela dan Hugo Chavez

Kita tentu merasa terperanjat bila negara-negara Arab tidak bertindak pantas, apabila Palestin dan Lebanon di serang regim Israel, walaupun tindakan perang itu menyalahi konvensyen peperangan antara-bangsa. Ramai orang awam yang erbunuh akibat serangan udara, ini termasuk wanita dan kanak-kanak.

Seolah-olah pemerintah negara-negara Arab ini menyertai suatu konspirasi jahat atau pun mereka terlalu takut kepada Amerika. Walaupun pendapat umum di semua negara umat Islam menyokong Lebanon, Palestin, Hamas dan Hizbullah, pemimpin2 di negara2 Arab kelihatan begitu takut sekali dengan Israel dan Amerika

Tiba-tiba kita dikejutkan oleh berita Venezuela memanggil balik dutanya di Israel dan duta Israel di Venezuela disuruh pulang. Presiden Hugo Chavez diberitakan mengumumkan bahawa negarnya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Sebagai orang Islam, kita merasa malu kerana pemimpin Islam (termasuk OIC) seolah-olah hilang punca di dalam menghadapi isu ini !

(alang bidara - 10/8/2006)

0 ulasan: