Rabu, 23 Ogos 2006

Khabar Dari Somalia

Negara Somalia masih tidak mempunyai kerajaan sejak Presiden Said Bairre digulingkan pada tahun 1979.

Sejak itu berlaku peperangan saudara yang berlarutan sehingga warlords dibantu oleh Amerika menguasai ibu negara Mogadishu selama 15 tahun.

Manakala sebuah 'kerajaan' dalam buangan (Transitional Federal Government, TFG) di Baidoa, tetapi di dalam keadaan yang amat lemah kerana tidak mendapat sokongan rakyat jelata Somalia.

Namun apabila warlords ini dikalahkan oleh Kesatuan Mahkamah Islam (Union of Islamic Courts, UIC), keamanan dinikmati semula di Mogadishu. Rakyat yang telak muak dengan kesengsaraan akibat cengkaman pemerintahan worlords, telah mengalu-ngalukan kemasukan ke wilayah-wilayah mereka melalui ketua-ketua kaum mereka.

Malah ada di kalangan warlords yang berpaling tadah dan bergabung dengan UIC.

Tiba-tiba kita dengar berita tentera Ethiopia telah masuk ke dalam wilayah Somalia, untuk mempertahankan TFG di Baidoa.

Amerika yang telah berundur setelah 18 orang anggota tenteranya terbunuh di dalam pertempuran di Mogadishu di tahun 80'an dulu, telah 'merestui' tindakan Ethiopia itu. Oleh kerana mereka telah dimalukan semasa keluar dari Somalia, Amerika mengambil pendekatan campur-tangan di Somalia melalui proksinya, Ethiopia.

Nampaknya perkembangan di Somalia menjadi suatu medan penting di dalam pertembungan antara Islam dan pihak Amerika serta pihak barat di negara Horn of Africa itu khasnya dan di Afrika umumnya.

0 ulasan: