Selasa, 29 Ogos 2006

Somalia Sebutir Permata di Benua Afrika

Selain Ethiopia menghantar anggota tentera ke Baidoa, beberapa orang pegawai tentera Uganda juga diberitakan tiba di pusat "kerajaan sementara Somalia" (TFG) bagi mempertahankan TFG.

TFG pula menuduh Eriteria membantu Union of Islamic Courts (UIC) dari segi persenjataan dan kelengkapan ketenteraan.

Ethiopia secara terang-terangan berikrar mempertahankan TFG, manakala UIC pula mengugut akan mempertahankan Somalia dari serangan tentera asing, sebagai kiasan kepada tentera Ethiopia.

Walaupun kedua-dua pihak UIC dan TFG menghantar wakil ke Khartoum bagi membincangkan pelan damai di ibu negara Sudan itu, namun peperangan antara UIC dan TFG digambarkan oleh media seolah-olah tidak dapat dielakkan lagi.

Kita tidak hairan mengapa banyak pihak yang menyokong Amerika berlumba-lumba mempertahankan TFG walaupun TFG bukan sebuah 'kerajaan' yang tidak popular di kalangan warga Somalia sendiri.

Sesungguhnya pertentangan antara puak Islam dan anti-Islam (yang kini diketuai Amerika) akan berterusan sehingga hari Kiamat.

0 ulasan: