Rabu, 18 Januari 2006

Kecenderungan Rakyat Iran untuk Mati Syahid

Majoriti Rakyat Iran menyokong Revolusi Islam pada tahun 1979.

Antara faktor kekuatan Iran ialah kecenderungan rakyat untuk mati syahid di dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Kerana faktor inilah lebih 50,000 orang rela mati bila berlaku pertembungan dengan pihak bersenjata Shah Iran ketika himpunan rakyat di kemuncak revolusi pada tahun 1979.

Revolusi itu berakhir dengan jatuhnya Shah Iran tajaan CIA dan Shah menjadi pelarian politik dan hidup di dalam buangan sehingga ajalnya.

Apabila berlaku perang yang dipaksakan ke atas Iran oleh Amerika dan Barat melalui proksi mereka, Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein, Iran sekali lagi berjuang mempertahankan maruah mereka sehingga beratus ribu orang yang mati syahid.

Sesungguhnya kecenderungan untuk mati syahid di dalam peperangan inilah yang menjadi senjata paling ampuh di dalam menghadapi musuh-musih Islam. Dengannya juga Islam dapat dipertahankan. (alang bidara - 18/1/2006).

0 ulasan: