Isnin, 30 Januari 2006

Jalan di Port Dickson Sesak

Jalan di Port Dickson sesak hari ini.

Saya memandu dari Melaka ke Serdang, melalui Tg Agas, Pasir Panjang dan Port Dickson.

Semasa melalui pekan Teluk Kemang, saya nampak jalan sesak dari arah pekan Port Dickson, tetapi jalan ke pekan PD lancar.

Tetapi bila melalui depan kem tentera di sebelah PD Golf Resort, jalan ke arah PD pula sesak.

Selepas kem tentera dan kuil Hindu,jalan agak lega tetapi sesak semula bila saya sampai di persimpangan di batu 8.

Maka saya membeluk memasuki lebuhraya PD-Seremban dan turun di Springhill. Seterusnya memsuki jalan lama PD-Seremban dan masuk ke perkampungan Labu Sendayan.

Kami sekeluarga singgah di kampong Kondok untuk makan laksa di gerai di tepi jalan itu. Lepas itu, saya meneruskan perjalanan balik ke Serdang melalui Salak Tinggi, Ulu Jenderam, Sg Buah, Teras Jernang, B B Bangi, Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Uniten, Hospital Serdang, Mardi, UPM sehingga ke Taman Sri Serdang.

Kemungkinan persitiwa jalan sesak ini berlaku di pekan-pekan dan bandar-bandar di selutuh negara sempena cuti panjang ini. (alang bidara - 31/1/2006).

0 ulasan: