Khamis, 12 Januari 2006

Presiden Venezuela Hugo Chavez

Hugo Chavez merupakan salah seorang Presiden Venezuela yang disukai rakyat. Beliau ialah seorang yang berfahaman sosialis, tetapi amat popular di kalangan rakyat negara itu kerana beliau menjalankan reformasi sosial Venezuela bagi menjaga kebajikan rakyat terbanyak.

Salah satu contoh yang ketara ialah memanafaatkan kewangan negara dari hasil minyak (Venezuela negara penegeluar minyak kelima terbesar di dunia) untuk memberikan pelajaran percuma untuk anak-anak Venezuela sehingga ke peringkat yang paling tinggi.

Hugo Chavez bukan beragama Islam dan Venezuela bukan negara yang majoriti rakyatnya yang beragama Islam.

Maka kita hairan bila ada negara umat Islam yang kaya dengan hasil minyak tetapi tidak mengadakan pelajaran percuma kepada rakyatnya. Malah ada pula yang menjadikan pelajaran seperti suatu komoditi yang diniagakan. (alang bidara - 12/1/2006)

0 ulasan: