Rabu, 11 Januari 2006

Raya Qurban dan Dunia Umat Islam

Di Hari Raya Qurban tahun ini marilah kita bersama-sama merenung keadaan umat Islam di seluruh dunia pada ketika ini.

Islam tercabar di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Sesungguhnya negara-negara Barat dan Amerika tidak mahu melihat negara-negara umat Silam maju dan membangun, kerana mereka tahu apabila itu berlaku maka mereka tidak lagi dapat melakukan sewenang-wenang terhadap umat Islam.

Salah satu exploitasi terhadap negara-negara umat Islam ialah mendapat bekalan minyak yang murah dari negara-negara umat Islam di Timur Tengah.

Negara-negara Islam juga menjadi tempat longgokan produk-produk hasil industri negara-negara Barat. Sekiranya negara-negara umat Islam maju dan membangun, mereka tidak lagi akan dapat bekalan minyak yang murah dan tidak lagi dapat melonggokkan barang-barang keluaran industri mereka.

Mereka mahu menguasai duani ini selama-lamanya. Tetapi Allah merancang perencanaan Nya yang tersendiri. (alang bidara - 10/1/2006)

0 ulasan: