Jumaat, 6 Januari 2006

Traffic Jam dan Hujan di Shah Alam

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat di Pelabuhan Kelang petang ini saya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan jalan Batu Tiga Lama dan Jalan Shah Alam-Puchong.

Hampr sejam saya terperangkap di situ. Hujan lebat yang turun mencurah-curah memburukkan lagi keadaan. Bila melepasi kawasan 'bottle-neck' saya menghala ke Seri Petaling melalui lebuhraya Kesas. Hujan masih turun lebat.

Sesungguhnya penat dan rasa tertekan bila tiba di rumah.

Nasib baik besok hari Sabtu tak kerja. Dapat lah relax sikit. Nasib baik juga petang tadi kerosakan air-con kereta telah dibaiki. Kalau tidak, tentu akan menambah masalah ketika memandu di dalam hujan lebat... (alang bidara - 6/1/2006)

0 ulasan: