Selasa, 3 Januari 2006

Hari Pertama Sekolah

Keadaan hari ini agak kelam kabut, haru biru dan sesak jam. Maklumlah, hari pertama persekolahan. Adik-adik di Kelantan dan Trengganu telah mula bersekolah semalam.

Isteri saya merungut kerana beliau terpaksa mengharungi kesesakan trafik di sekolah rendah bila ke sekolah Naimah.

Semasa menghantar Hafiz ke sekolah Kelas Khas (KKBP) juga beliau menghadapi kesesakan di trafik light pertama di Putrajaya. Kesesakan hari pertama persekolahanlah katakan...

Saya pula, semasa di pejabat merasa agak tergamam bila menyedari betapa banyak nya kerja sedangkan masa amt mencemburui saya.

Namun di dalam keadaan sebegini, telah ada beberapa orang teman merancang percutian yang bakal tiba dihujung bulan Januari 2006. Cuti Tahun Baru China, Awal Muharram dan Hari Wilayah yang tiba berturutan, sehinggakan di minggu terakhir bulan ini, hanya hari Jumaat sahaja hari bekerja.

"Tetapi kebanyakan hotel dan flight dah penuh dah," seorang teman merungut.

Nampaknya kita akan megalami kesesakan lalu-lintas di semua lebuhraya sekali lagi di hujung bulan ini. (alang bidara - 3/1/2006)

0 ulasan: