Khamis, 5 Januari 2006

Bila Rakyat mempunyai Kesedaran Politik..

Kita maklum bahawa semasa pemerintahan Suharto Indonesia semacam tidak punya kesedaran politik.

Hanya beberapa bulan sebelum turun takhta presiden, Suharto memenangi pilihanraya dengan mendapat lebih dari 95% peratus undi.

Dengan tak semena-mena, dia berundur diri setelah mendapat protes rakyat dan tidak disokong oleh ahli-ahli kabinet beliau sendiri.

Dan bila diadakan pilihanraya bebas, kita dapati banyak parti-parti baru mendapat kerusi di parlimen.

In bererti bila rakyat diberi kebebasan memilih, maka akan berlakulah demokrasi yang sihat. Bila rakyat punya kesedaran politik, maka akan dapatlah rakyat menikmati kebebasan berfikir. Dan akan naiklah kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat. (alang bidara - 5/1/2006)

0 ulasan: