Ahad, 17 September 2006

Setelah Kembali Ke Tanah Air




Setelah hampir dua bulan berada di bumi bertuah Sudan, saya kembali ke tanah air.

Di beberapa minggu berikutnya saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri semula dengan suasana di sini sambil mengatasi rasa tidak selesa akibat sindrom 'jet-lag' dan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab.

Terasa berbeza sekali dengan rasa panas dan kering yang dialami semasa di Sudan dahulu.

Terasa benar suasana kehijauan di tanah air, berbeza sekali dengan yang kering tandus di Sudan.

1 ulasan:

© EM Muhammad berkata...

Saudara, assalamualaikum wbh. Saya tertarik dengan gambar-gambar dan cerita yang saudara sampaikan tetapi jangan kecil hati ya, kalau saya nak beli buku travelogue, saya cari yang mempunyai jiwa. Maksud saya, buku di mana penulisnya meluahkan sepenuh perasaan tentang apa yang dirasainya, dilihatnya, dihidunya dan dinikmatinya semasa berada di sesuatu tempat supaya saya sendiri dapat merasakan seperti berada di negara tersebut sambil membaca penerangan penulis.