Jumaat, 1 September 2006

Khabar Dari Somalia Lagi

Apabila pihak Union Islamic of Courts UIC) mencapai kemenangan dengan mengalahkan pihak panglima-panglima warlords yang disokong Amerika, mereka berjaya menawan ibu negara Somalia, Mogadishu, serta membuka pelabuhan dan lapangan antarabangsa di ibu negara itu setelah ditutup selama lebih 15 tahun.

Dengan mendadak pihak Ethiopia (proksi Amerika) menghantar anggota tenteranya ke Baidoa, iaitu tempat 'pentadbiran' kerajaan sementara (TFG) yang disokong UN.

Secara tiba-tiba juga beberapa negara jiran Somalia campur tangan serta 'merayu' pihak antarabangsa menyokong pihak TFG, sedangkan rakyat Somalia yang telah muak dengan tekanan pihak warlords selama 15 tahun, amat mengalu-ngalukan kemenangan pihak UIC.

Kita percaya jika tidak kerana Amerika begitu terikat dengan Iraq sekarang, sudah tentu ia akan mendarat lagi di Somalia dengan alasan menjatuhkan UIC yang kononnya memberi pangkalan kepada 'pengganas' Al-Qaeda.

Tidak terkejut kita sekiranya selepas ini pihak UN (PBB) akan menghantar tentera 'pengaman' ke Somalia

0 ulasan: