Sabtu, 2 September 2006

Somalia - Di Mana Negara-Negara Islam?

Majoriti rakyat Somaliaterdiri dari umat Islam.

Somalia tidak mempunyai kerajaan pusat sejak Said Bairre digulingkan. Ia juga dikuasai lebih 15 tahun oleh panglima-panglima perang yang disokong oleh Amerika. Rakyat begitu tertekan di bawah pemerintahan warlords ini.

Oleh kerana telah muak dengan kesengsaraan di bawah warlords, rakyat mengalu-alukan kedatangan pihak Kesatuan Mahkamah Islam (Union of Islamic Courts)UIC untuk memegang kekuasaan, apabila warlords dikalahkan.

Sokongan umum rakyat telah membawa kejayaan kepada UIC. Ada juga ketua-ketua warlords yang menyerah diri dan menyokong kepada UIC.

UIC dapat menguasai Mogadishu ibu negara dan bahagian selatan dan tengah Somalia. Negara Horn of Africa itu mula membuka semula pelabuhan Mogadishu dan lapangan antarabangsa Mogadishu. Dengan keamanan yang kembali pulih di selatan Somalia dan penerbangan serta kapal-kapal dapat berlabuh, maka perniagaan mula berkembang.

Selain itu juga kegiatan lanun di perairan Somalia juga mula dapat dikurangkan.

Begitulah hebatnya kemajuan yang dicapai oleh rakyat Somalia apabila mereka mula menerima Islam sebagai cara hidup.

Namun kemenangan UIC ini bukanlah disambut dengan permaidani merah oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya, termasuk Ethiopia dan juga pihak PBB (UN). Bagi menyekat kemaraan dan kemajuan pihak UIC itu, pihak penentang UIC mula membantu kerajaan sementara TFG yang berpusat di Baidoa.

Salah satu cara menyekat pengaruh UIC ialah dengan menempatkan tentera pengaman, sama ada dari UN atau IGAD (Intergovernmental Authority on Development).

Namun nampaknya pihak UIC juga tidak berdiam diri di dalam menghadapi ancaman proksi-proksi Amerika itu. UIC juga mula menunjukkan sikap yang bijak menangani segala sepak-terajang politiking antarabangsa di dalam mencari pengiktirafan antarabangsa.

Salah satu langkahnya ia;ah menyertai perbincangan keamanan di Khartoum. Tetapi penyertaan perbincangan di Khartoum juga disertai dengan menguatkan kuasa dan pengaruh di Somalia dengan menambah kekuatan dari segi ketenteraan.

Mereka kelihatan bijak dengan melakukan approach yang prakmatik dengan taktik dan strategi serampang dua mata: iaitu real polotik dan persenjataan.

Nampaknya saudara-saudara kita di Somalia lebih bijak daripada kawan-kawan yang lain di Timur Tengah. Cara mereka berdepan dengan proksi Amerika kelihatan ada persamaan dengan cara Hizbullah menghadapi regim Israel di Lubnan.

Cuma kita tertanya-tanya: di manakah pemimpin-pemimpin negara umat Islam dalam menolong saudara kita di Somalia?

0 ulasan: