Rabu, 23 Mei 2007

Origami vs Poligami ?

PERBEZAAN
S: Apa persamaan antara 'origami' dan 'poligami'?
J: Kedua-duanya melibatkan perbuatan melipat kertas. Origami melipat kertas menjadi bentuk berbagai seperti burung, kuda dan sebagainya. Poligami juga melibatkan aksi melipat kertas, tetapi yang dilipat ialah beberapa keping surat nikah.

PERSAMAAN
S: Apa perbezaan antara origami dan poligami?
J: Buku panduan origami begitu banyak di dalam pasaran, sedangkan buku panduan poligami tidak banyak di jual di pasaran. Dan salah satu daripada buku itu ialah terbitan PTS.

Pesanan: Nantikan buku yang bakal terbit itu, dan bila sudah terbit, sila beli.

6 ulasan:

lagi lagi fiqir berkata...

Alang buku orrgami atau poligami yang akan terbit dulu agaknye je

lagi lagi fiqir berkata...

Alang buku origami atau poligami yang akan terbit dulu ye

Imran Yusof berkata...

Tuan "lagi lagi fiqir",

Saya belum menimbangkan sama ada ingin menulis buku yang bertajuk:
"BAGAIMANA SENI ORIGAMI BOLEH MENOLONG PARA PENGAMAL POLIGAMI"
atau yang bertajuk
"SENI ORIGAMI MENDAMAIKAN RUMAH PENGAMAL POLIGAMI"

Imran Yusof berkata...

Tuan "lagi lagi fiqir",

Buku origami sudah banyak di pasaran. Jadi buku saya yang terbit dahulu ialah tentang poligami.

Tetapi ini tidak bermakna PTS tidak akan menerbitkan buku tentang origami di masa hadapan...

Abu Marwan Hamdi berkata...

Tn Alang,

Buku ini menarik juga:

Tip-tip Origami untuk Berpoligami...

Teknik melipat surat memohon nikah satu lagi dan mengaburi mata isteri?...etc

Imran Yusof berkata...

Tuan Abu Marwan,

Ya, idea yang bagus.

Atau boleh juga diberi tajuk:

"Tip-Tip Poligami Bagi Jurulatih Origami"