Kami pulang menjinjing beberapa beg kertas, berjalan sejauh hampir satu kilometer pula ke tempat letak kereta nun jauh di belakang stesen monorail PWTC.
Kepada mereka yang belum lagi ke sana, anda ada masa sehingga 6 Mei 2007. Jangan terleka sehingga anda terlepas tarikh ini.
Marilah membaca. Marilah memandaikan bangsa. Teruskan perjuangan Bahasa Melayu!
"Hanya orang yang pernah belayar di lautan dan pernah mengalami kegawatan perasaan dan ketakutan apabila kapal dilambung ombak semasa dipukul ribut sahaja yang mampu memahami betapa getir dan cemasnya saat-saat yang dilalui oleh para pelaut."
0 ulasan:
Catat Ulasan