Khamis, 17 Mei 2007

Bagaimana dan Bila...??

"Joyah terkejut besar dapat tahu suaminya ada isteri kedua."
"Kenapa terkejut pula? Orang lelaki memang suka isteri lebih dari seorang."
"Suami Joyah ni orang surau."
"Orang surau lagi pandai. Mereka tahu hukum nikah kahwin. Mereka lebih suka kahwin daripada buat maksiat."
"Yang dia terkejut bukan kerana suaminya kahwin lain. Tetapi dia tidak sangka suami ada peluang dan masa nak cari wanita lain.”

“Setiap orang ada 24 jam sehari. Macam mana tidak ada peluang?”

“Joyah bekerja sebagai pegawai di pejabat yang sama dengan suami dia. Suaminya di pejabat tidak pernah berdua dengan perempuan. Tidak pernah pergi kerja luar (outstation).”

“Orang lelaki selalunya ada keluar dengan kawan-kawan. Main golf ke atau memancing ke?”

“Suami Joyah ni tak main golf. Tak memancing. Balik ke rumah satu kereta dengan Joyah. Bila waktu Maghrib pergi ke surau. Lepas solat Isyak berjemaah dah balik ke rumah.”

“Wah, hebat betul suami Joyah ini. Dia keluar masa Joyah tidorkah?”

“Bila Joyah terjaga malam, dia nampak suami dia solat tahajjud.”

“Memang tak ada peluang?”

“Itulah yang Joyah terkejut.”

“Habis bila masa suami dia jumpa isteri kedua?”

“Sebenarnya.....”

[Dapatkah para pembaca meneka bila dan bagaimana suami Joyah bertemu isteri keduanya?]

8 ulasan:

ummi berkata...

wahh dahsyat ni..saya rasa masa dia ke surau..:?

Yang bernama Siti berkata...

Bagi saya cara bagaimana itu soal kedua. Yang paling penting, mengapa suami Joyah beristeri baru?

Sebab dia bosan? Ada masalah kerjaya? Masalah kewangan? Masalah harga diri? Mahu buktikan dia masih berupaya menjadi bapa? Atau dia mahu mengikut sunnah Nabi iaitu membantu kebajikan anak-anak yatim dan janda? Atau dia kawin sebab dia miang atau mungkin juga menyangka laman orang lagi bagus daripada laman sendiri yang dia tidak jaga dengan baik itu?

Yang bernama Siti berkata...

Sorry Alang, could not resist making a provocative comment. As usual... muah ha ha ha ha...

Imran Yusof berkata...

Saudari Ummi, Saudari yakin jawapan itu betul? Muktamad? :)

Saudari Siti, Kenapa dan mengapa, itulah soalan yang paling penting. Soalan cepumas - dan selalunya tidak ramai yang berani menjawab soalan cepumas; jika ada pun yang berani hendak cuba-cuba menjawabnya, jarang sekali yan tepat jawapannya. :)

ummi berkata...

dah tu bila lagi,alang..
hmm dia ada time machine :-)
OK MUKTAMAD- TIME MACHINE

Imran Yusof berkata...

Sdr Ummi,

Sebaik sahaja selesai solat Maghrib berjemaah, maka suami Joyah mengatur langkah keluar surau melalui pintu belakang pagar surau, menuju ke rumah yang terletak betul-betul di belakang surau.

"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam, abang. Cepat masuk. Minah dah masak sup ekor kegemaran abang tu."

.....[edegan seterusnya panjang nak cerita..maka saya pendekkan lah...ehehehe..]

"OK lah, Minah abang pergi surau dulu ya. Pak Bilal pun dah iqamat tu. Nanti terlepas pula abag nak berjemaah solat Isyak."

"Baik lah, abang. Nasib baiklah kat surau selalu ada kuliah lama sedikit. Lambatlah juga solat Isyak."

"Kita patut berterima kasih kepada AJK Surau yang aktif mengadakan kuliah hampir setiap malam. Dapatlah abang singgah lama di rumah Minah."

Selepas mengenakan semula pakaiannya selepas keluar dari bilik mandi, suami Joyah mencium Minah dan Minah mencium tangan beliau sambil bersalam.

"Kita jumpa lagi besuk ye, abang?"
"Yalah, sayang."

Begitulah secebis kisah seorang pengamal poligami yang memilih isteri kedua yang kebetulan rumahnya di belakang surau tempat dia berjemaah.

ummi berkata...

sungguh mengharukan dan menghorrorkan. Sampai hati menyalahgunakan waktu kuliah di surau...dan minah, di manakah harga diri..itukah saja peranan suami...

kusyi berkata...

Ouch. Sungguh tak seronok cerita nih.

Nota: memang saya tak terteka. tekaan ummi yang pertama nampaknya mengena.