Jumaat, 13 April 2007

Pembersihan Kerajaan Bangladesh

Kerajaan sementara (caretaker government) yang disokong oleh pihak tentera telah mengambil tindakan terhadap dua wanita pemimpin politik utama negara itu di dalam usaha membersihkan korupsi dan penyalahgunaan kuasa oleh dua parti utama parti politik pimpinan kedua-dua wanita itu.

Hasina Wajed, 61 tahun, pemimpin parti pembangkang Awami dan bekas perdana menteri, dikenakan tuduhan membunuh empat orang penyokong politik lawan di dalam kekacauan politik tahun lalu.

Sementara Khaleda Zia perdana menteri yang hampir tamat pemerintahannya pula, dikenakan tahanan di rumah di ibu negara Dhaka.

Bangladesh mempunyai rakyat berjumlah 144 juta orang merupakan negara majoriti umat Islam ketiga terbesar di dunia, telah mengalami pentadbiran buruk sejak dari tahun 1971 lagi.

Rakyat Bangladesh amat mengalu-alukan tindakan kerajaan sementara yang bertindak membanteras gejala politik yang tidak sihat itu.

"Bila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, tunggulah kemusnahannya."

0 ulasan: