Apabila tiba waktu menerima cek duit royalti, masa itulah tahap rasa menyesal pada paras yang tertinggi.
Pada masa itulah saya rasa sepatutnya saya telah menulis lebih banyak buku. Ketika itulah saya berhasrat untuk lebih giat berkarya, supaya apabila tiba waktu menerima cek royalti yang akan datang, jumlahnya berlipat kali ganda lebih banyak yang diterima sekarang.
Akan tetapi di waktu saya duduk di meja mengadap komputer, tenaga yang ada sekadar sisa-sisa untuk hari itu. Daya kreatif sudah berada di tahap paling minima. Maka dengan tenaga dan daya fikir yang minima itulah dicurahkan untuk karya. Maka hasilnya pun sekadar minima sahaja.
Namun menjadi penulis sambilan ada kelebihannya. Bagi saya, aktiviti menulis bermatlamat menggiat minda berfikir dan hasilnya tunggu sahaja selepas berusaha sekadar yang termampu.
Pendapatan dari kerja tetap masih ada untuk menyambung hidup diri dan tanggungan. Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi beberapa buah buku yang terhasil.
Kalau ada buku yang lambat terbit tidak mengapa. Janji akan terbit juga akhirnya. Kerja menulis pada kadar minima diteruskan, tanpa henti.
Apabila tempuh bersara dari kerja tetap pada umur 55 tahun, diharapkan jumlah buku yang terhasil sudah mampu menghasilkan royalti yang mengalir secara tetap dan berkala, cukup untuk menambah pendapatan kepada duit KWSP yang terkumpul, bagi bekalan di hari tua.
Cukup untuk menyara hidup saya dan isteri (atau isteri-isteri) -- anak-anak semuanya harapnya sudah berpendapatan sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Mrae,
Banyak ke hasil penulis sambilan ni, dah berapa butir buku mu karang, walu bagi mana pong, tahniah, aku ni tinggal angan2 kosong je, dulu pernah berangan nak mengarang, tapi setakat angan2 je .....
mood@kemamang
teganukite
Tuan Hj Mood,
Royalti dari buku pertama baru sedikit, manakala yang 3 buah buku lagi masih belum didapati sebab royalti akan diperolehi setahun selepas buku diterbitkan - 3 buah buku aku itu baru tahun ini diterbitkan.
Kalau mu nak mengarang aku boleh perkenalkan dengan penerbit aku. Kita kaya dengan pengalaman, cumanya perlu diterjemahkan ke atas kertas. Mu dah travel Vietnam, Sudan dan Yaman dan aku percaya penerbit ini sangat inginkan buku yang menceritakan pengalamanmu itu.
Travelog Sudan aku akan terbit tak lama lagi, dan aku percaya Travelog mu tentang Vietnam dan Yemen sangat dikehendaki.
Ikuti kursus penerbit (free of charge sepanjang masa...) dan mula tulis di bawah kelolaan mentor penulisan untuk buku pertama dan insya Allah berkat sabar dan tekun 'berguru' seseorang penulis akan berjaya.
Layari blog mentor penulisan Puan Ainon Mohd (beliau sudah tulis lebih daripada 30 buah buku dah...):-
http://universitipts.com
Mrae,
Terima kasih ..... satu sananan yang menggalakkan & yang harus aku fikirkan dalam2 .... idea tu banyak .... cuma nak duduk menulis tu segan seket .... mu tahulah bila dah berumur cecah setengah abad nih ... priority pon dah berubah & banyakperkara yang harus difikirkan juga ... mungkin satu hari nanti aku kena duduk mengadap depan mu untuk suburkan semangat jadi penulis ... tapi aku ni lebih selesa bahasa Inggeris... kalu bahasa melayu rasa kekok seket macam terkehl lidah je ....
mood@kemamang
teganukita
Tuan Hj Mood,
Jangan bimbang kalau kurang selesa dengan Bahasa Melayu. Aku dulu pung sama, malah lebih pekat dengan B Inggeris daripada mung. Kan aku dalam MCE keputusan BI aku melebihi BM. Di perpustakaan sekolah menengah dulu pung di setiap buku cerita/novel BI tercatit nama aku sebagai pemimjam. Ye la lagi pung lulusan UK lah katakan.
Akan tetapi sekarang, aku sudah boleh menulis buku dalam BM yang penerbit boleh terima untuk diterbitkan bagi pembaca Melayu.
Kalu aku buleh buat, belajar start daripada zero, maka aku percaya mung lagi 10 kali buleh--lagi pung mung lagi adventerous---berani berhenti kerja tetap, buat kerja sendiri dengan Hj Othman, berani merantau sana sini, V6 la... Sudang laaa dan sekarang Yaman. Lepas ni mana pulak??
Aku percaya buku-buku yang mung bakal tulis akan menerima sambutang hangat di pasarang.
Mrae,
Terima kasih atas semangat berkobar-kobar tuh ..... insyaallah aku akan jadikan sebagai titek mula dalam satu career akan datang ..... ni tengah siap2 nak balik Yemen ... mungking duduk padang pasir hingga lepas hari tasyrik dapat idea lagi ....
mood@kemamang
teganukite
Tidak mengapa Tuan, kita doa pada Allah, karya seterusnya akan memberi kemudahan dan keberkatan diri dan keluarga dalam apa jua bentuk.
Insya Allah.
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
Catat Ulasan