Sabtu, 1 November 2008

Bengkel penulisan sudah bermula



Setelah berlalu bulan Ramadhan al-Mubarak dan Hari Raya Idilfitri, bengkel penulisan PTS akan bermula setelah berehat buat masa yang lama.

Bermula dengan Kursus KJ Method pada 22 November, dan Kursus Bahasa Melayu Tinggi pada hari berikutnya dan kelas seterusnya pada minggu berikutnya, sudah tentu hujung minggu akan dipenuhi dengan sesi ulangkaji dan belajar semula teknik serta mendapatkan maklumat baru dalam industri buku dan penulisan.

Saya lebih melihat bengkel ini sebagai satu platform networking dan saling mendorong di kalangan warga penulis.

Semestinya saya harus memanfaatkan waktu ini dengan aktiviti networking dan akan membuat entri mengenainya di blog BICARA PENULIS saya.

0 ulasan: