Rabu, 8 Oktober 2008

Puan Ainon Mohd berjuang memandaikan bangsa



Puan Ainon merupakan Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, syarikat penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu yang paling dinamik di tanah air pada masa ini.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku dalam pelbagai bidang seperti lateral thinking dan kreativiti, komunikasi dan terjemahan.

Kesemua penulis baru yang menulis di PTS mendapat latihan dan didikan beliau. Antara konsep baru dalam penulisan kreatif yang beliau pelopori ialah Teori Surah Yusuf dan penggunaan K.J. Methid dalam menghasilkan buku yang cepat disiapkan. Pengalaman beliau selama 12 tahun dalam bidang latihan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan penulis PTS.

Selain bidang penulisan dan penterjemahan, antara bidang yang beliau ceburi ialah aktiviti kemasyarakatan seperti membantu dalam hal kebajikan orang Asli dan anak yatim di Janda Baik.

Antara misi yang beliau yang paling utama ialah berjuang memandaikan bangsa.

Blog beliau, UNIVERSITIPTS menjadi alat pemasaran dan hubungan awam yang sungguh berkesan.

0 ulasan: