Ahad, 26 Oktober 2008

Siri lokasi memancing: Kuala Rompin, Pahang



Pernah sekali saya mengikuti Abdul Rahman Salleh pergi memancing udang galah di Sungai Rompin.

Kami sewa bot yang disewakan di Kampung Kerpal dan hasil tangkapan kurang memuaskan kerana enjin sangkut kepunyaan beliau 'meragam' dan kami cuma memancing di kawasan berdekatan sahaja. Maklumlah kayuh sampan sahaja.

Akan tetapi hati sudah puas sebab malam sebelum kami turun memancing, saudara Abdul Rahman sudah menghidangkan gulai udang galah untuk makan malam di rumah beliau - rezeki jangan ditolak!

0 ulasan: