Ahad, 22 Jun 2008

Sejarah sebuah kapal supertanker





Apa dia kapal supertanker?

Kapal supertanker ialah kapal tanker yang digunakan mengangkut minyak mentah, yang melebihi berat 250,00 DWT.

Knock Nevis ini pula ialah kapal supertanker yang terbesar di dunia, dengan mempunyai kapasiti untuk memuatkan sebanyak 4,240,865 tong minyak. Kapal ini bukan sekadar kapal supertanker terbesar di dunia, tetapi juga merupakan kapal terbesar di dunia.

Setelah siap dibina di limbungan kapal Sumitomo Heavy Industries di Jepun, kapal ini dilancarkan dengan nama Seawise Giant. Selepas dipunyai selama tiga tahun oleh seorang pimilik kapal Greek, kapal ini dijual kepada pemilik kapal lain bernama C.Y Tung Industries.

Semasa melalui perairan Selat Hormuz pada tahun 1986, kapal ini telah diserang tentera udara Iraq dengan peluru berpandu Exocet, mengakibat kerosakan teruk sehingga kapal ini tenggelam di perairan berhampiran Pulau Kharg.

Pada tahun 1989, Seawise Giant dijual kepada syarikat Norman International dari Norway dan dibaiki dilimbungan kapal Keppel, Singapura dengan kos yang mencecah USD35 Juta!

Syarikat Norman International tidak sempat menggunakan kapal ini, dan menjualnya pula kepada Jorden Jahre dengan harga USD39 Juta, namanya ditukar kepada Jahre Viking.

Jahre Viking kemudiannya dihantar ke Hongkong untuk dinaik-taraf oleh syarikat Wallem Ship-Management, sebelum memulakan operasi pengangkutan minyak dari Timur Tengah ke Amerika Syarikat.

Ukuran kapal ini ialah 1504 kaki panjang (lebih daripada 1/4 batu) dan 226 kaki lebar.

Pada tahun 2004, pemilik baru Jahre Viking, iaitu syarikat First Olsen Tankers ke limbungan kapal Dubai untuk diubah menjadi sebuah kapal FPSO (Floating, Production, Storage, and Offloading), iaitu sebuah kapal yang dilabuhkan di laut sebagai kapal terapung untuk menjadi tempat menyimpan minyak. Nama baru kapal ini ialah Knock Nevis.

Secara ringkas nama kapal telah bertukar beberapa kali, iaitu:

2004 - sekarang Knock Nevis
1991 - 2004 Jahre Viking
1989 - 1991 Happy Giant
1979 - 1989 Seawise Giant

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
sebenarnya ini bukan ulasan tapi pertanyaan. Saya memerlukan admiralty chart or ship nav. chart utk kerja saya tetapi tidak tau dimana nak dapatkan nya.dah cari di internet tapi tak jumpa. minta bantuan.
tkasih.zie

Imran Yusuf berkata...

Sdr Tanpa Nama,

Cuba tanya di Jabatan Laut yang di Pelabuhan Kelang atau mana-mana pelabuhan.