Rabu, 15 Februari 2006

Iran Akan di Serang?

Sebuah akhbar UK mendedahkan dari suatu sumber pentadbiran Amerika, pihak tertinggi Amerika sedang menghitung kelengkapan untuk menyerang Iran sekiranya isu nuklear Iran tidak dapat diselesaikan melalui jalan 'diplomatik' (baca: jika Iran tidak dapat diugut untuk menghentikan peneyelidikan nuklear).

Pilihan tindakan ketenteraan akan diambil sekiranya Iran gagal mematuhi sekatan atau sekiranya sekatan ekonomi PBB tidak berkesan ke atas Iran.

Sekiranya maklumat ini betul, maka terbuktilah sudah tanggapan bahawa pihak barat tidak mahu ada pencabar kuasa politik mereka di dunia. Ertinya barat mahu terus-menerus menindas negara-negera bukan barat, terutama negara-negara umat Islam.

Namun adakah umatt Islam akan hakikat ini? (alang bidara - 15/2/2006).

0 ulasan: