Ahad, 19 Februari 2006

Gerai Tom Yam Yang Bertukar Pengurusan

Dua tahun yang lepas saya selalu mengunjungi gerai tom yam yang berhampiran rumah saya untuk menjamu selera. Tomyam nya sedap, begitu juga sup ekor dan ikan siakap kukus. Tak terkecuali juga sayur campur dan udang masak sambal bersama petai.

Tahun lepas bila pengurusannya bertukar tangan kami tidak lagi ke sana kerana masakannya telah kami rasakan tidak sedap lagi. Nama gerai pun dah bertukar.

Beberapa minggu yang lepas saya dapati nama gerai bertukar kembali kepada nama yang asalnya.
Jadi petang ini kami ke sana semula untuk 'test market'.

Ya, memang betul pengurusannya telah bertukar tangan semula kepada pengurusannya yang asal. MAsakannya juga sedap dan harga berpatutan. (alang bidara - 19/2/2006).

0 ulasan: