Jumaat, 3 Februari 2006

Kartun menggambarkan Nabi Muhammad (S.A.W.) menggemparkan dunia

Sebuah akhbar Denmark menyiarkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad (S.A.W.) dengan imej yang menjatuhkan martabat Baginda.

Sekejap sahaja berbagai reaksi marah di dunia Islam. Barangan keluaran Denmark di boikot umat Islam. Sebuah rangkaian pengekspot barangan keluaran Denmark diberitakan rugi sebanyak USD 500 juta sehari dan menimbangkan untuk membuang pekerjanya bagi mengurangkan kerugian tersebut.

Nampaknya sensitiviti umat Islam begitu tinggi, walaupun hanya dari akibat kartun media cetak di sebuah negara kecil di Scandinavia. Sedangkan perlakuan Amerika mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan umat Islam di Afghanistan dan Iraq tidak membawa akibat yang begitu segera.

Pada pendapat saya.inilah tanda-tanda kebesaran Allah yang telah memuliakan hambaNya dan kekasihNya, Nabi Muhammad (S.A.W.). Juga menunjukkan betapa tinggi darjat cinta dan kasih umat ini kepada Nabi Akhir Zaman. (alang bidara - 3/2/2006).

0 ulasan: