Rabu, 8 Februari 2006

Syarikat Denmark Rugi RM6.84 juta sehari

Akibat barangan keluarannya diboikot umat Islam Arla food, penegluar produk tenusu Denmark, dilapurkan mengalami kerugian lebih RM6 juta sehari.

Produk keluaran syarikat tersebut banyak diekspot ke negara-negara Timur Tengah.

Nampaknya langkah boikot ini memberikan kesan yang besar, lebih besar dari membakar dan merusuh di depan kedutaan Denmark.

Sesungguhnya tunjuk perasaan dan demo secara aman adalah bagi menyatakan sikap. Tetapi selain itu, tindakan boikot nampaknya begitu berkesan kerana ianya melibatkan ekonomi sesebuah negara.

Pada mula kita tentu hairan Malaysia, sebagai sebagai sebuah negara OIC berkata tidak akan memboikot barangan Denmark, sedangkan Malaysia memegang jawatan pengerusi OIC.

Bila dikaji secara lebih terperinci, maka kita akan dapati banyak syarikat Denmark yang melabur di negara ini. Antara yang terkenal ialah EAC (syarikat kapal) dan Carlsberg (syarikat arak).

O, begitu rupanya ya? Mungkin juga ramai di antara pembuat dasar di dalam kerajaan yang memang membeli barangan Denmark, mungkin mentega dan produk tenusu. Dah bertahun dok makan benda tu, jadi kalau nak boikot, rasa tak selera nak makan makanan yang lain kot... (alang bidara - 8/2/2006).

0 ulasan: