Memaparkan catatan dengan label A. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2008

Tuan Amin Idris penulis berpengaruh dan jurulatih yang bermagnet





Tuan Amin Idris adalah seorang penulis yang juga jurulatih terkenal yang telah menghasilkan sekurang-kurangnya 6 buah buku.

Beliau juga wartawan sambilan, dan bakat dan kredibiliti beliau terserlah apabila beliau menjadi pengacara dalam program Musabaqah Al-Quran 2008 yang telah diadakan di Trengganu baru-baru ini.

Beliau boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.

Khamis, 9 Oktober 2008

Puan Ain Maisarah terkenal dengan rumah pink beliau



Nama yang pasti meniti di bibir kebanyakan peminat novel remaja tanah air pada ketika ini ialah Ain Maisarah.

Dengan siri novel "Aku Mahu..." beliau berjaya menawan para remaja menjadi pengikut setia beliau.

Cara beliau menyampaikan nilai-nilai akhlak mulia begitu memikat para pembaca yang majoriti terdiri dari kelangan remaja lelaki dan perempuan.

Antara acara yang menarik ialah pertandingan yang menawarkan hadiah bantal pink (selari dengan warna rumah pink beliau).

Projek beliau yang terbaru ialah menjemput penulis lain untuk menjadi penulis bersama dengan beliau. Tentunya hasil projek ini diharap akan memeriahkan lagi penerbitan novel remaja tanah air.

Blog rumah pink beliau AINMAISARAH menjadi seperti forum perbincangan peminat beliau.

Rabu, 8 Oktober 2008

Pak Latip penulis terkenal di Negeri Adat Perpatih



Abdul Latip Talib yang berasal dari Kg Ulu Seperi, Rembau, Negri Sembilan ini ialah penulis yang tidak asing lagi di persada penulisan tanah air.

Dalam lingkungan rakan-rakan penulis serta pihak penerbit PTS beliau terkenal dengan novel sejarah yang begitu banyak beliau hasilkan. Setakat ini sudah 10 buah dihasilkan. Terbaru ialah Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel dan Leftenan Adnan Wira Bangsa.

Beliau telah memenangi pelbagai hadiah dan anugerah sastera, maka nama beliau mengharum di dunia penulisan negara ini, serta menjadi kebanggaan bagi negeri kelahiran beliau, iaitu di Negeri Adat Perpatih.

Pelbagai maklumat dan ilmu berharga boleh didapati di blog beliau, ABDUL LATIP TALIB

Asma Nadia penulis Indonesia yang prolifik



Ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, saya bertuah kerana dapat bertemu dengan penulis terkenal dari Indonesia, Puan Asma Nadia.

Puan Asma (nama penuh beliau ialah Asmarani Rosalba) telah menghasilkan lebih 32 buah buku dan karya beliau yang terbaru ialah Catatan Hati di Setiap Sujudku, diterbitkan oleh Penerbit Lingkar Pena, 2007.

Penulis prolifik berusia 36 tahun dari seberang ini boleh disantuni dengan lebih dekat melalui blog beliau, ASMA NADIA.

Puan Ainon Mohd berjuang memandaikan bangsa



Puan Ainon merupakan Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, syarikat penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu yang paling dinamik di tanah air pada masa ini.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku dalam pelbagai bidang seperti lateral thinking dan kreativiti, komunikasi dan terjemahan.

Kesemua penulis baru yang menulis di PTS mendapat latihan dan didikan beliau. Antara konsep baru dalam penulisan kreatif yang beliau pelopori ialah Teori Surah Yusuf dan penggunaan K.J. Methid dalam menghasilkan buku yang cepat disiapkan. Pengalaman beliau selama 12 tahun dalam bidang latihan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan penulis PTS.

Selain bidang penulisan dan penterjemahan, antara bidang yang beliau ceburi ialah aktiviti kemasyarakatan seperti membantu dalam hal kebajikan orang Asli dan anak yatim di Janda Baik.

Antara misi yang beliau yang paling utama ialah berjuang memandaikan bangsa.

Blog beliau, UNIVERSITIPTS menjadi alat pemasaran dan hubungan awam yang sungguh berkesan.