1 Februari 2008
Sekumpulan lanun merampas kapal tunda Russia milik Denmark, MV Svitzer Korsakov. Kapal itu ditahan dipelabuhan Eyl, Puntland (wilayah Somalia yang diisytiharkan merdeka oleh pemerintahnya tetapi tidak diiktiraf oleh PBB). Enam orang anak kapal serta kapal itu dibebaskan setelah wang tebusan sebanyak 700,000 Dolar Amerika dibayar.
4 April 2008
Kapal penumpang jenis cruise mewah milik Perancis, MV Le Ponant berserta 30 orang anak kapal dirampas di perairan Teluk Aden. Kapal perang Perancis FS Commandant Boun dan kapal perang Canada HMSC Charlotte dihantar untuk menyekat kapal itu. Lapan hari kemudian anak kapal serta kapal itu dibebaskan selepas syarikat pemilik kapal itu, CMA-CGM membayar wang tebusan. Selepas anak kapal dibebaskan anggita tentera Perancis memantau kumpulan lanun itu semasa mereka di darat. Menurut sumber tentera Perancis, seorang penembak tepat (sniper) dari sebuah helikopter berjaya menembak dan merosakkan enjin kereta lanun. Sebuah lagi helikopter mendarat dan enam orang lanun berjaya diberkas dan wang tebusan dirampas kembali. Sehari selepas itu keenam-enam orang lanun itu dihadapkan ke mahkamah Paris atas tuduhan menculik, merampas kapal dan merompak.
20 April 2008
Kapal penangkap ikan tongkol milik Sepanyol, MV Playa de Bakio bersama 26 orang anak kapal dirampas sekumpulan empat orang lanun kira-kira 217 batu nautika di luar pantai Somalia. Kapal itu dilabuhkan di tenggara perairan Puntland. Kerajaan Sepanyol menghantar kapal perang SPS Mendez Nunez serta bersedia dengan sepasukan penyelam kombat elit, tetapi menyatakan sedang menyelesaikan krisis melalui saluran diplomatik. Kapal perang itu belayar menyusur pantai, sementara pihak berkuasa tempatan pasukan keselamatan mengejar lanun itu. Enam hari kemudian kapal dan anak kapal dibebaskan dan kapal perang itu telah mengiringi kapal ke kawasan selamat. Dikatakan bahawa wang tebusan sebanyak 1.2 juta Dolar Amerika telah dibayar. Bagaimana pun kerajaan Sepanyol menafikan pihaknya membayar wang tebusan itu. Kemungkinan pihak syarikat pemilik kapal itu yang membayar wang tebusan itu.
21 April 2008
Kapal kargo milik UAE, MV Al-Khaleej, berserta 16 orang anak kapal dirampas sekumpulan lanun di luar pantai Bosaso, Somalia. Sehari kemudian pasukan keselamatan Puntland menyerbu kapal itu dan berjaya memberkas tujuh orang lanun. Seorang lanun terbunuh. Pada 30 April mahkamah Puntland membicarakan kes itu dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas ketujuh-tujuh orang lanun itu bersama empat orang talibarut mereka.
17 Mei 2008
Lanun merampas kapal milik Jordan yang punyai oleh sebuah syarikat negara Emirat Arab Bersatu (UAE), MV Victoria, berserta 12 orang anak kapal, kira-kira 30 batu nautika di luar pantai Somalia. Ketika itu kapal dikatakan sedang menuju ke ibu negara Somalia, Mogadishu. Kapal itu kemudian dibebaskan pada 23 Mei dengan syarat yang tidak disebutkan, dan meneruskan pelayaran ke Mogadishu dengan diiringi oleh anggota tentera Somalia. Pada hari itu juga, selepas kapal itu dibebaskan, puak pejuang Islam Somalia menyerang kumpulan lanun di Hobyo sebagai serangan balas kepada rampasan lanun itu. Menurut ketua kumpulan pejuang Islam itu empat orang lanun terbunuh manakala enam orang lagi berjaya diberkas. Dalam pertempuran itu dua orang anggota pejuang Islam terkorban.
24 Mei 2008
Lanun merampas kapal milik Belanda MV Amiya Scan berserta 9 orang anak kapal di perairan Teluk Aden.
20 Julai 2008
Kapal jenis pembawa kargo pukal (bulk carrier) milik Jepun MV Stella Maris, dirampas oleh sekumpulan lanun. Lanun kemudiannya menuntut wang tebusan untuk membebaskan kapal dan anak kapal.
Understanding Ditropan: Uses, Dosages, and Side Effects
16 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan