Khamis, 24 November 2005

Stesyen KTM Komuter Serdang & Highway Besraya

Saya menggunakan stesyen KTM Komuter Serdang setiap hari untuk pergi kerja. Ada dua jalan masuk ke kawasan stesyen ini. Satu melalui Highway Besraya dan satu lagi melalui jejambat yang merentasi landasan KLIA Express, iaitu dari kawasan perumahan Taman Muhibah.

Dulu saya memandu kereta dan turun di tepi Highway Besraya, isteri saya memandu kereta balik. Sebelah petang isteri saya menjemput saya di jalan sama.

Tetapi sejak bermula kerja-kerja menaik-taraf Highway Besraya serta pembinaan jejambat yang menghubungkan Seri Kembangan dan Kompleks Mines Shopping, Besraya menjadi begitu sibuk dan sesak semasa waktu puncak (peak hours). Saya tidak lagi untuk berhenti di tepi Besraya untuk masuk ke stesyen KTM Komuter Serdang.

Bila highway sibuk, amat susah untuk berhenti bila laluan sesak kedua-dua hala. Bila highway tidak sesak saya merasakan amat tidak selamat berhenti di situ kerana kereta-kereta bergerak laju apabila menurun bukit dari jejambat Serdang Lama.

Kini saya melalui jejambat dari Taman Muhibah, walau pun saya terpaksa berjalan lebih jauh sedikit untuk masuk ke stesyen komuter Serdang. Saya rasa lebih selesa dan selamat begitu.

Saya bimbang suatu hari nanti akan berlaku kemalangan di highway Besraya berhampiran stesyen komuter itu, jika pihak berwajib tidak mengambil langkah-langkah yang lebih teliti, demi pengguna-pengguna.

(alang bidara - 24/11/2005)

0 ulasan: