Ahad, 27 November 2005

Kursus Intensif Membaca Al-Qur'an

Apabila anak perempuan saya menyatakan hasrat untuk menghadiri kursus membaca Al-Qur'an di sebuah pondok di Kelantan, perasaan saya bercampur baur. Dari satu sudut saya bangga kerana dia sendiri yang berhasrat untuk belajar Al-Qur'an sehingga khatam. Dari segi yang lain saya merasa sangsi apakah dia akan sanggup menamatkan kursus yang dijadualkan tamat dalam masa 40 hari itu.

Namun setelah berbincang dengan isteri saya, kami bersetuju membenarkan dia pergi. Ada dua orang kawan dia yang tinggal berjiran dengan kami, yang akan pergi sama. Jiran saya itu akan memnadu van dia untuk membawa ketiga-tiga sahabat ini untuk ke Kelantan, dengan satu hasrat dan satu tekad, demi memenuhi satu dari pada suruhan Islam.

Beberapa hari kemudian emaknya menerima satu pesanan 'sms' dari anak saya, menyatakan yang dia tidak tahan dengan keadaan di situ. Beberapa pesanan 'sms' yang diterima, sehingga isteri saya menghubungi emak kawan dia itu. Oleh kerana emak kawan dia memang berasal dari Kelantan, dia bersetuju untuk meminta sepupu dia pergi meninjau atau 'menyiasat' perkara tersebut. Kalau sekiranya memang keadaan mereka 'menyusahkan' maka mereka akan menjemput kembali ktiga-tiga sahabat itu.

Terlintas di fikiran saya, sekiranya saya mengikuti kursus yang sama, adakah saya akan sanggup menghabiskan kursus itu? Atau mungkinkah saya akan menambil tindakan mengemas pakaian dan beg saya dan kembali ke Lembah Kelang. Kembali kepada keselesaan dunia dan kepada cara hidup di rumah sendiri...?? (alang bidara - 27/11/2005)

0 ulasan: