Ahad, 27 November 2005

Senario Pilihan Raya Umum Mesir

Apabila calun-calun Ikhwan Muslimun menang di banyak kerusi di dalam PRU Mesir baru-baru ini, pihak parti nasionalis pimpinan Mubarak telah menggunakan pihak polis dan gangster bagi menakut-nakutkan pengundi-pengundi penyokong Ikhwan agar tidak membuang undi. Bila kempen-kempen menakutkan ini tidak berjaya, pihak polis telah menyekat pintu masuk ke pusat-pusat mengundi, bagi menyekat penyokong Ikhwan mengundi.

Senario ini berlaku di dalam keadaan calun-calun Ikhwan menang di banyak kerusi, tetapi belum cukup untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak (nak sebut Mubarak pun terasa geli kerana beliau seorang pemerintah zalim, tetapi direstui Barat kerana dasar menekan parti Islam), polis telah bertindak sedemikian rakus. Apakah akan terjadi sekiranya keputusan awal membayangkan kejatuhan kerajaan Mesir yang sedia ada? Mungkinkah keputusan pilihanraya akan digantung? Atau akan berulang apa yang telah ber;laku di Algeria dulu bila pihak FIS memenangi pilihanr aya di Algeria?

Juga, adakah senario yang sama akan berlaku di negara-negara yang lain, yang mana bila pilihanraya bebas diamalkan, bila rakyat memilih parti Islam, maka kerajaan pimpinan puak nasionalis akan bertindak rakus demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka...???!!

Sama-sama lah kita tunggu dan lihat..(alang bidara - 27/11/2005)

0 ulasan: