Khamis, 16 Oktober 2008

Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman pembicara Akademi Kehidupan



Penulis muda Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman ini boleh dikira sebagai junior dari segi umur di kalangan para penulis PTS, akan tetapi beliau sudah mampu membicarakan tentang Kehidupan Sebagai Sebuah Akademi.

Karya beliau disukai oleh para pendidik dan pelajar.

Tuan Zamri Mohamad membicarakan tentang Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman di blog beliau DI SINI.

Blog beliau boleh dikunjungi DI SINI.

Puan Kusyi Hirdan penulis novel remaja berpengalaman





Puan Kusyi Hirdan bergiat dalam alam penulisan sejak beliau berumur 12 tahun lagi dan pernah memenangi:

- Hadiah Kewartawanan Malaysia – Penulis Majalah Terbaik (Bahasa Melayu) 2002
- Singapore Tourism Award – Penulis Artikel Terbaik (Bahasa Melayu) 2005
- Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM – hadiah saguhati.

Tiga buah novel beliau Takdir Nor Aida, Misteri Mayat Terapung di Resort Melati dan Hafiz & The Silver dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi perpustakaan seluruh Malaysia.

Puan Kusyi Hirdan boleh disantuni di blog beliau yang berjudul JENDELAKU.

Tuan Amin Idris penulis berpengaruh dan jurulatih yang bermagnet





Tuan Amin Idris adalah seorang penulis yang juga jurulatih terkenal yang telah menghasilkan sekurang-kurangnya 6 buah buku.

Beliau juga wartawan sambilan, dan bakat dan kredibiliti beliau terserlah apabila beliau menjadi pengacara dalam program Musabaqah Al-Quran 2008 yang telah diadakan di Trengganu baru-baru ini.

Beliau boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.

Nazhatulshima penulis yang sedang mengejar ijazah kedoktoran

TIADA LAGI

Pabila tiada lagi
kata antara kita
usah kaulintas
walau di dalam hati
walau di dalam fikiran
bukan kumembawa diri
atau membenci
atau tak sudi
atau patah hati
kusedari semuanya
takdir Ilahi

kita harungi jalan panjang
hanyutkan semua kenangan
Usah menoleh ke belakang
pandanglah ke hadapan

Pabila tiada lagi
suara antara kita
usah kau menyusup
walau di cuping telinga
walau di sekitarnya
kuciptakan garisan
kubinakan sempadan
kusyukuri nikmat Tuhan
memberiku kekuatan

hapuskan semua nada kita
telah sumbang rentak iramanya
kudoakan kau berbahagia
izinku mencarinya jua

Nzshima - 18.12.2007
Hakcipta Terpelihara - (ilham lirik untuk seorang penyanyi)

Begitulah antara puisi nukilan Puan Nazhatulshima Nolan, pensyarah UiTM di selatan tanah air. Beliau ialah antara mentee bimbingan Puan Ainon, Sifu PTS.

Pada ketika ini beliau sedang mengejar ijazah PhD beliau. Buku beliau sedang ditulis dan dijangka terbit tidak lama lagi. Pensyarah yang senantiasa sibuk ini masih mampu mencari masa lapang di antara tugas sebagai pensyarah, ibu, isteri dan penulis.

Antara blog yang beliau sering kunjungi ialah blog Prof Muhd Kamil, penulis buku best seller Travelog Haji.

Blog Puan Nazhatulshima ialah DARI KERANA MATA.

Penyelesaian masalah lanun Somalia







Kegiatan merompak dan melanun selalunya berlaku di darat atau di laut di kawasan yang tiada penguat kuasa undang-undang, atau pun di kawasan peguatkuasaan undang-undang tidak menyeluruh.

Jangan kata di laut luas zon antarabangsa, malah di lebuhraya negara kita pun ada serangan perompak yang dilaporkan di beberapa blog, seperti DI SINI dan DI SINI.

Apatah lagi di kawasan perairan sepanjang lebih 3,000 kilometer pantai Somalia. Somalia merupakan sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan. Kewujudan Somalia dikatakan atas dasar ad de jure sahaja, yakni secara di atas kertas sahaja, tetapi tidak pada realiti. Sejak pemerintah diktator, General Siad Barre, digulingkan tahun 1991 Somalia tiada kerajaan. Pada bulan Jun tahun 2006, Somalia mengalami suasana damai selama enam bulan apabila pihak Union of Islamic Corts (UIC) berjaya mengalahkan pihak militia bersenjata (atau dikenali sebagai warlords). Pihak UIC dikatakan hampir berjaya menumpaskan kegiatan lanun di perairan Somalia.

Walau bagaimana pun, diberitakan pihak barat yang diketuai oleh Amerika tidak senang dengan sebuah kerajaan yang diwujudkan atas dasar pemerintahan Islam, lebih-lebih lagi apabila pihak warlords yang mereka bantu mengalami kekalahan. Tidak lama selepas itu pihak Ethiopia dihasut oleh pihak barat khususnya Amerika dengan ancaman kononnya pihak UIC bercita-cita menakluk Ethiopia juga. Sengketa lama di antara Somalia dan Ethiopia diungkit kembali supaya api permusuhan antara Ethiopia dan Somalia bersemarak semula.

Akhirnya kerajaan dokongan pihak UIC yang baru mula bertapak terpaksa meninggalkan ibu negara Mogadishu bagi mengelakkan orang awam menjadi mangsa serangan tentera Ethiopia. Bukti yang menunjukkan pihak UIC tidak kalah ialah sekarang ini pun mereka semakin menguasai politik dan ketenteraan di Somalia dan Ethiopia sedang mengalami zaman kekalahannya.

Pada masa ini rakyat Somalia mengalami zaman ekonomi yang sangat meleset. Tiada pelabur asing yang mahu melabur di Somalia. Tiada kegiatan perladangan dan bercucuk tanam secara komersil kerana negara mengalami kemusanahan akibat perang yang berlarutan. Kebanyakan rakyat Somalia mengharapkan makanan yang diimpot dan bantuan dari agensi bantuan seperti WFP (UN World Food Product).

Apa kegiatan paling lumayan yang terbuka kepada rakyat Somalia? Bagi pihak yang bersenjata Somalia sudah tentulah memendam rasa dan menggigit jari melihat beratus-ratus kapal-kapal dagang melalui perairan negara itu tanpa singgah di pelabuhan mereka.

Sekiranya pada tahun-tahun di antara 1560 sehingga pertengahan tahun 1720’an menjadi "era keemasan" kegiatan lanun di Kepulauan Carribean maka pada tahun 2007 dan tahun 2008 mencatatkan aktiviti lanun yang meningkat.

Sumber Reuters menyebut bahawa hasil wang tebusan yang diperolehi dari kegiatan lanun adalah dianggarkan mencapai angka di antara 18 hingga 30 Dolar Amerika.

Wang tebusan yang bibayar oleh MISC Berhad bagi melepaskan tebusan kedua-dua syarikat itu, Bunga Melati Dua dan Bunga Melati 5 dikatakan mencapai 2 juta Dolar Amerika bagi setiap buah kapal.

Majoriti penduduk Somalia ialah terdiri dari mereka yang beragama Islam. Oleh yang demikian masalah yang dihadapi oleh umat Somalia menjadi sebahagian daripada umat Islam seluruh dunia. Sebagaimana juga masalah umat Islam Palestin menjadi masalah umat Islam sedunia. Tidak sempurna iman seorang muslim apabila dia tidak mempedulikan nasib saudara muslim yang lain.

Pihak barat yang diketuai oleh Amerika dan Inggeris memang mencari alasan untuk berada di kawasan Horn of Africa, khususnya Somalia kerana itu adalah antara lokasi strategik bagi kawasan Timur Tengah/Asia Barat dan Afrika Timur.

Dengan adanya kegiatan lanun memberikan alasan kukuh bagi tentera laut Amerika dan sekutunya untuk terus berada di situ sedangkan kawasan itu patutnya dikuasai oleh umat Islam.

Kesimpulannya, masalah kegiatan lanun di perairan Somalia tidak akan selesai tanpa terlebih dahulu masalah negara Somalia diselesaikan. Menjadi tanggung jawab umat Islam, iaitu negara-negara umat Islam menghulurkan bantuan kepada umat Islam Somalia dan negara Somalia.

Pertama, negara-negara umat Islam, sama ada melalui organisasi OIC, NAM atau AU perlu menjadi orang tengah bagi merundingkan pelan damai bagi menyelesaikan masalah sengketa di Somalia. Selepas itu suatu pilihanraya bebas perlu diadakan sebagai penyelesaian politik jangka panjang Somalia.

Mungkin ada pihak yang mengatakan adalah mustahil puak-puak Somalia didamaikan kerana kononnya "sejak dahulu pun mereka asyik berperang sahaja." Sebenarnya Somalia 'sengaja dibiarkan bersengketa berterusan' oleh pihak penjajah Somalia, iaitu Inggeris dan Itali, bagi melangsungkan dasar 'pecah dan perintah' pihak barat ke atas negara umat Islam. Puak-puak di Somalia dilaga-lagakan supaya pihak barat dapat terus menguasai politik dan ekonomi Somalia.

Umat Islam Somalia ialah antara umat di Afrika yang kental semangat jihad mereka. Pihak barat tidak mahu melihat Somalia bangkit dan maju sebegai sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Jadi negara-negara umat Islam perlu mengusahakan perdamaian terlebih dahulu.

Kedua, bagi pihak pertubuhan NGO dan sukarelawan umat Islam hendaklah mengadakan hubungan persahabatan dengan pelbagai NGO umat Islam di Somalia. Bagi pihak umat Islam Malaysia, NGO seperti Yayasan Amal, Aman Malaysia, Mercy, Bulan Sabit Merah dan pelbagai oraganisasi lain perlu mengadakan lawatan sukarela bagi membantu umat Islam Somalia.

Adakan jalinan perhubungan dua hala semoga umat Islam Malaysia memyelami kesusahan dan keperitan umat Islam Somalia menjalani hidup mereka. Hubungan antara NGO dan pertubuhan telah dan sedang berjalan antara pihak pelbagai pertubuhan di Malaysia dan umat Islam di Kampuchea. Maka format dan cara yang sama tentunya boleh diusahakan dengan umat Islam Somalia.

Ketiga, negara umat Islam perlu mengadakan hubungan diplomatik (setelah selesai langkah pertama - pilihanraya umum Somalia) dengan kerajaan Somalia, supaya Somalia menjadi salah satu anggota masyarakat antarabangsa. Setelah wujud hubungan diplomatik dengan negara-negara umat Islam, maka sudah tentulah akan menyusul pula hubungan dagang di antara negara-negara umat Islam dan Somalia.

Kualiti hidup warga Somalia menjadi bertambah baik apabila ekonomi dapat dibangunkan. Pelaburan asing pun akan masuk ke Somalia dan kegiatan ekonomi tumbuh subur.

Kegiatan pertanian Somalia akan dapat dibangunkan bagi menjamin bekalan makanan untuk warga negara itu. Negara umat Islam dapat menyumbang membangunkan pertanian Somalia.

Semoga dengan penyelesaian masalah pemerintahan Somalia akan akhirnya membawa kepada penyelesaian jangka panjang kepada masalah kegiatan lanun di Somalia.

Rabu, 15 Oktober 2008

Osman Affan pembimbing pelajar




Anda pelajar inginkan bimbingan teknik belajar yang berbentuk smart study?

Anda ibu bapa yang mahukan anak-anak anda cemerlang dalam pelajaran?

Tuan Osman Affan mampu membimbing anda dan anak-anak anda. Pengalaman beliau yang luas dan telah ramai yang telah mendapat manfaat dari bimbingan beliau.

Blog rasmi beliau DI SINI.

Selasa, 14 Oktober 2008

Shakirah penterjemah ternama



Anda inginkan khidmat penterjemah untuk kerja terjemahan peribadai atau syarikat? Hubungilah Puan Shakirah Md Zain.

Penterjemah ini berpengalaman luas dalam bidang Law: Taxation & Customs Accounting
Business/Commerce(general), Certificates, Diplomas, Licenses, CVs Finance general), Human Resources, Law (general) dan Law: Contract(s).

Antara syarikat yang pernah menjadi pelanggan beliau ialah Petronas dan anak syarikat Petronas.

Profile beliau boleh ditatapi di web proz.com DI SINI.

Tuan Sabtu perunding terbilang



Anda mahukan khidmat perundingan untuk syarikat anda? Anda bersedia untuk menerima panduan dan tip-tip bernilai dn praktikal dari pakar yang luas pemandangan dan berpengalaman?

Tanyalah Tuan Sabtu. Beliau sudah melalui semua pahit getir dan jatuh bangun syarikat dalam dunia bisnes yang sengit bersaing.

Tuan Sabtu boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.

Isnin, 13 Oktober 2008

Siti Hajar penterjemah yang dinamik



Sekiranya anda mencari seorang penterjemah yang memberikan khidmat terjemahan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang benar-benar memuaskan hati, Siti Hajar Baharuddin adalah orangnya.

Beliau ialah seorang daripada ahli Persatuan Penterjemah Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu (2001). Bidang pengkhususan beliau ialah Pengiklanan/Perhubungan Awam, Perniagaan/Perdagangan(am), Pemasaran/Penyelidikan, Pasaran, Perubatan(am), Perubatan: Farmaseutikal, Puisi & Sastera, Psikologi dan Sains(am).

Perkhidmatan beliau sangat profesional dan memuaskan. Profil beliau boleh ditatap DI SINI.

Blog beliau boleh dilawati DI SINI.

Firdaus Ariff mencari diri di Empayar Kristal




Setelah novel sci-fi beliau dicetak kali kedua dengan cover baru, jelas terbukti penulis muda yang masih menuntut di UIA ini mempunyai bakat yang boleh menjadi role model bagi penulis sci-fi muda yang lain di negara ini.

Dengan berguru dengan beberapa orang penulis yang sudah established, ternyata hasilnya memang membanggakan.

Semoga novel beliau seterusnya akan diulang cetak lagi.

Blog beliau yang boleh dikunjungi ialah STUDIO INSPIRASI.