Memaparkan catatan dengan label M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label M. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2008

Muhd Kamil Ibrahim sarjana travelog




Tuan Prof Dr Muhd Kamal Ibrahim telah menempah nama sebagai penulis best seller buku terbitan PTS apabila buku pertama beliau dengan PTS Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman menjadi karya terbitan PTS yang paling laris di pasaran.

Anak kelahiran Besut, Terengganu yang menjawat Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA ini antara penulis PTS yang mempunyai pencapaian akademik tertinggi di kalangan para penulis PTS. Seorang lagi penulis PTS yang berkelulusan PhD yang pernah disiarkan di blog ini ialah Prof Madya Dr Umi Kalthum Ngah.

Buku kedua beliau terbitan PTS ialah Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok akan berada di pasaran tidak lama lagi. Semoga buku beliau antara buku best seller yang akan melakar sejarah Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 nanti.

Aspirasi dan peta minda Prof Muhd Kamil Ibrahim boleh dibaca melalui laman web beliau DI SINI, dan blog beliau DI SINI.

Muhd Alif Redzuan menulis cerita rakyat Jepun





Tidak ramai penulis yang berjaya menulis cerita rakyat sesebuah negara yang dikunjungi semasa menuntut ilmu.

Tuan Muhd Alif Redzuan adalah salah seorang penulis cerita rakyat seperti itu.

Beliau menuntut ilmu di Jepun sebelum pulang ke tanah air dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di sebuah IPTA.

Khamis, 16 Oktober 2008

Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman pembicara Akademi Kehidupan



Penulis muda Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman ini boleh dikira sebagai junior dari segi umur di kalangan para penulis PTS, akan tetapi beliau sudah mampu membicarakan tentang Kehidupan Sebagai Sebuah Akademi.

Karya beliau disukai oleh para pendidik dan pelajar.

Tuan Zamri Mohamad membicarakan tentang Tuan Muhamad Syarafuddin Sulaiman di blog beliau DI SINI.

Blog beliau boleh dikunjungi DI SINI.

Ahad, 12 Oktober 2008

Tuan MBA karyawan berbisa





Tuan MBA atau nama penuh beliau Muhamad Bin Ali adalah seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah berkelana di Jepun sewaktu muda untuk menimba ilmu.

Hubungan beliau dengan negara matahari terbit masih berterusan hingga sekarang melalui platform persatuan myJICA.

Biar pun karya beliau Travelog Jepun masih belum diterbitkan, namun beliau terus juga aktiviti menulis beliau sehingga terhasilnya buku panduan Kerjaya Dalam Bidang ICT yang sempat melestari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Buku terbaru beliau berjudul Buat Duit Dengan Kamera akan diterbitkan tidak lama lagi oleh PTS Profesional Sdn Bhd.

Untuk menikmati santapan minda dari cetusan hati beliau, tataplah belog beliau, DI SINI.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Mya Marja menulis sambil mendidik





Dengan karya sulung beliau Guru Arkitek Bangsa, dengan jelas kita dapat menyelami idealisme beliau sebagai penulis yang prihatin tentang pendidikan. Ini tidak meghairankan kerana beliau ialah seorang guru.

Profesion guru amat berbeza dengan kerjaya yang lain. Bagi profesion lain, khususnya mereka yang bergelimang dengan rutin pejabat, mereka mungkin berhenti menjadi pekerja pejabat apabila mereka pulang ke rumah.

Tetapi apabila seseorang itu menjadi guru, maka seluruh hidupnya seolah-olah dikhaskan untuk mendidik anak bangsa.

Karya Saudara Mya Marja yang kedua terbitan PTS ialah Serangan Kulat yang cuba menyelami alam fantasi para remaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aspirasi beliau, silalah berkunjung ke blog beliau, SAUJANA JIWA.

Khamis, 9 Oktober 2008

Mohamad Kholid Hamzah penyiasat handal



Saudara Mohamad Kholid Hamzah terkenal dengan novel siri Penyiasat Extrovert beliau.

Siri novel penyiasat remaja ini menarik minat para pembaca remaja kerana kisah dan peristiwa yang dipaparkan berdasarkan pengalaman yang beliau lalui sendiri.

Sebagai contoh, dalam novel Sesat Di Bukit Fraser, pengalaman beliau dalam membantu mencari remaja yang hilang di bukit itu menjadi salah satu episod penting.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, saya bertuah kerana dapat bertemu beliau (gambar)

Untuk menyiasat lebih lanjut mengenai penulisan Saudara Mohamad Kholid Hamzah, silalah kunjungi blog beliau, DI SINI AKU MENULIS

Marsli N.O. penyair terbilang



Saudara Marslino merupakan penyair tanah air yang tidak asing lagi.

Walau pun bukan artis tetapi nama beliau tidak ketinggalan dalam mana-mana majlis sastera yang melibatkan penyair, penulis dan para karyawan tanah air.

Penyair yang menetap di Balok, Kuantan, Pahang ini tidak berselindung apabila memberikan pendapat. Beliau berpegang prinsip "nyatakanlah sesuatu yang benar, meski pahit."

Hakikat ini boleh dilihat di blog beliau, TANAH, AIR, API, ANGIN.