Khamis, 9 Oktober 2008

Mohamad Kholid Hamzah penyiasat handal



Saudara Mohamad Kholid Hamzah terkenal dengan novel siri Penyiasat Extrovert beliau.

Siri novel penyiasat remaja ini menarik minat para pembaca remaja kerana kisah dan peristiwa yang dipaparkan berdasarkan pengalaman yang beliau lalui sendiri.

Sebagai contoh, dalam novel Sesat Di Bukit Fraser, pengalaman beliau dalam membantu mencari remaja yang hilang di bukit itu menjadi salah satu episod penting.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, saya bertuah kerana dapat bertemu beliau (gambar)

Untuk menyiasat lebih lanjut mengenai penulisan Saudara Mohamad Kholid Hamzah, silalah kunjungi blog beliau, DI SINI AKU MENULIS

Puan Ain Maisarah terkenal dengan rumah pink beliau



Nama yang pasti meniti di bibir kebanyakan peminat novel remaja tanah air pada ketika ini ialah Ain Maisarah.

Dengan siri novel "Aku Mahu..." beliau berjaya menawan para remaja menjadi pengikut setia beliau.

Cara beliau menyampaikan nilai-nilai akhlak mulia begitu memikat para pembaca yang majoriti terdiri dari kelangan remaja lelaki dan perempuan.

Antara acara yang menarik ialah pertandingan yang menawarkan hadiah bantal pink (selari dengan warna rumah pink beliau).

Projek beliau yang terbaru ialah menjemput penulis lain untuk menjadi penulis bersama dengan beliau. Tentunya hasil projek ini diharap akan memeriahkan lagi penerbitan novel remaja tanah air.

Blog rumah pink beliau AINMAISARAH menjadi seperti forum perbincangan peminat beliau.

Marsli N.O. penyair terbilang



Saudara Marslino merupakan penyair tanah air yang tidak asing lagi.

Walau pun bukan artis tetapi nama beliau tidak ketinggalan dalam mana-mana majlis sastera yang melibatkan penyair, penulis dan para karyawan tanah air.

Penyair yang menetap di Balok, Kuantan, Pahang ini tidak berselindung apabila memberikan pendapat. Beliau berpegang prinsip "nyatakanlah sesuatu yang benar, meski pahit."

Hakikat ini boleh dilihat di blog beliau, TANAH, AIR, API, ANGIN.

Ezee Rahmani penulis dari pantai timur






Puan Engku Zainun atau lebih dikenali dengan nama pena beliau Ezee Rahmani berasal dari negeri pantai timur iaitu Trengganu Darul Iman.

Karya sulung beliau dengan PTS ialah Kawan yang ditulis mengikut acuan Teori Surah Yusof yang dipelopori oleh Puan Ainon memaparkan novel berbentuk jibunsyi, iaitu riwayat hidup orang kecil.

Penulis yang berkelulusan sebagai akauntan telah bersara dari alam kerjaya dan menjadi penulis sepenuh masa.

Antara karya indah beliau ialah Kerana Takdirnya, manakala karya beliau yang terbaru ialah Ketua Bilik LA101 yang memaparkan watak-watak remaja di zaman persekolahan.

Beliau boleh dikenali dengan lebih dekat melalui blog beliau, BICARAKU-EZ.

Rabu, 8 Oktober 2008

Pak Latip penulis terkenal di Negeri Adat Perpatih



Abdul Latip Talib yang berasal dari Kg Ulu Seperi, Rembau, Negri Sembilan ini ialah penulis yang tidak asing lagi di persada penulisan tanah air.

Dalam lingkungan rakan-rakan penulis serta pihak penerbit PTS beliau terkenal dengan novel sejarah yang begitu banyak beliau hasilkan. Setakat ini sudah 10 buah dihasilkan. Terbaru ialah Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel dan Leftenan Adnan Wira Bangsa.

Beliau telah memenangi pelbagai hadiah dan anugerah sastera, maka nama beliau mengharum di dunia penulisan negara ini, serta menjadi kebanggaan bagi negeri kelahiran beliau, iaitu di Negeri Adat Perpatih.

Pelbagai maklumat dan ilmu berharga boleh didapati di blog beliau, ABDUL LATIP TALIB

Asma Nadia penulis Indonesia yang prolifik



Ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, saya bertuah kerana dapat bertemu dengan penulis terkenal dari Indonesia, Puan Asma Nadia.

Puan Asma (nama penuh beliau ialah Asmarani Rosalba) telah menghasilkan lebih 32 buah buku dan karya beliau yang terbaru ialah Catatan Hati di Setiap Sujudku, diterbitkan oleh Penerbit Lingkar Pena, 2007.

Penulis prolifik berusia 36 tahun dari seberang ini boleh disantuni dengan lebih dekat melalui blog beliau, ASMA NADIA.

Zamri penulis bebas yang dinamik



Nama Zamri Mohamad tidak asing lagi bagi pembaca buku berbahasa Melayu. Buku terbaru beliau Rahsia Bisnes Mamak dan Mempengaruhi Bos Secara Streetsmart adalah antara buku yang beliau menulis bersama penulis lain.

Antara projek terbaru beliau ialah menerbitkan buku sendiri dalam format e-book, yang berjudul Tip Karier untuk Wanita Moden.

Blog beliau Motivasi Mindamu memaparkan banyak maklumat untuk para penulis dan pembaca yang dahagakan ilmu dan maklumat terbaru topik penulisan beliau.

Puan Ainon Mohd berjuang memandaikan bangsa



Puan Ainon merupakan Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, syarikat penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu yang paling dinamik di tanah air pada masa ini.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku dalam pelbagai bidang seperti lateral thinking dan kreativiti, komunikasi dan terjemahan.

Kesemua penulis baru yang menulis di PTS mendapat latihan dan didikan beliau. Antara konsep baru dalam penulisan kreatif yang beliau pelopori ialah Teori Surah Yusuf dan penggunaan K.J. Methid dalam menghasilkan buku yang cepat disiapkan. Pengalaman beliau selama 12 tahun dalam bidang latihan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan penulis PTS.

Selain bidang penulisan dan penterjemahan, antara bidang yang beliau ceburi ialah aktiviti kemasyarakatan seperti membantu dalam hal kebajikan orang Asli dan anak yatim di Janda Baik.

Antara misi yang beliau yang paling utama ialah berjuang memandaikan bangsa.

Blog beliau, UNIVERSITIPTS menjadi alat pemasaran dan hubungan awam yang sungguh berkesan.

"Salam Pelaut"



Jemputan ini terbuka kepada semua pelaut yang masih aktif atau sudah bersara serta keluarga, syarikat perkapalan. Agensi dan institusi yang terlibat secara langsung dalam bidang pembangunan pelaut Malaysia.

Kumpulan Wang Pusat Perdangan Laut (KWPPL) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia akan mengadakan perkhidmatan bas mini berjadual bagi tujuan pengangkutan percuma untuk para pelaut dari kapal mereka ke Wisma Pelaut untuk menghadiri majlis ini.

Antara acara HARI TERBUKA PELAUT 2008 yang akan berlangsung pada hari Isnin, 20 Oktober 2008, dari jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang ialah:

1. Hari Bertemu Pelanggan Pelbagai Agensi Kementerian Pangangkutan Malaysia, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan Kelang, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia. Agensi tersebut akan mengadakan pameran di gerai yang disediakan di sepanjang Jalan Depoh.

2. Program Derma Darah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan di Dewan Laksamana, Wisma Pelaut , Port Kelang.

3. Pertandingan Sukan Rakyat

4. Jamuan Hari Raya dan Jamuan Hari Deepavali

Rabu, 1 Oktober 2008

Salam Idilfitri



Sempena 1 Syawal 1429 dengan kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk pembaca blog/blog-blog saya. Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita bertemu lagi di lain blog entri.