Memaparkan catatan dengan label Z. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Z. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2008

Zaid Akhtar bicarakan ketenangan





Dalam kemelut huru-hara hati manusia, Tuan Zaid Akhtar atau nama beliau sebenar, Tuan Mohamad Yazid Abdul Majid mampu membicarakan sakinah atau ketenangan.

Anak kelahiran Endau, Mersing, Johor ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana dia sudah dikenali melalui novel-novel beliau seperti Rona Bosphorus dan yang terbaru ialah Salju Sakinah.

Blog beliau boleh dikunjungi DI SINI.

Ahad, 12 Oktober 2008

Zalisa handal memikat minat dewasa dan remaja





Dalam karya terbaru beliau, Namun Kupunya Hati membuktikan Zalisa atau ZN Isa atau Zalimatunura Isa mampu memikat pembaca dewasa.

Manakala melalui karya beliau Dicakar Hantu dan Balqis dan Pendekar Cahayasukma, beliau mempamirkan kehandalan beliau menawan minta pembaca remaja.

Walau pun sibuk dengan urusan seharian rumahtangga sebagai sorang isteri dan ibu, namun beliau masih berjaya menjadi penulisan pujaan peminat.

Blog beliau boleh ditatapi di ZALIMATUNURA.

Rabu, 8 Oktober 2008

Zamri penulis bebas yang dinamik



Nama Zamri Mohamad tidak asing lagi bagi pembaca buku berbahasa Melayu. Buku terbaru beliau Rahsia Bisnes Mamak dan Mempengaruhi Bos Secara Streetsmart adalah antara buku yang beliau menulis bersama penulis lain.

Antara projek terbaru beliau ialah menerbitkan buku sendiri dalam format e-book, yang berjudul Tip Karier untuk Wanita Moden.

Blog beliau Motivasi Mindamu memaparkan banyak maklumat untuk para penulis dan pembaca yang dahagakan ilmu dan maklumat terbaru topik penulisan beliau.