Sabtu, 25 April 2009

Suasana Pesta Buku PBAKL 2009 (5)

Hari ini saya dibariskan bersama Kusyi Hirdan, penulis novel remaja yang tidak asing lagi di kalangan peminat novel remaja PTS-One.

Waktu masih awal pagi, jadi kelihatan pengunjung baru mulai sampai berhampiran gerai no. 72 - 79, iaitu gerai PTS.

Salah seorang pelajar sekolah sekolah yang berjaya menjawab quiz bagi para pengunjung gerai PTS.

Seorang lagi pelajar sekolah yang berjaya menjawab quiz yang dianjurkan bagi para pengunjung gerai PTS. Secara kebetulan nama pelajar ini ialah Ali Imran, hampir sama dengan nama saya.

Mengambil kesempatan bergambar dengan Tuan Osman Affan, motivator pelajar sekolah yang terkenal di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

6 ulasan:

Umi Kalthum Ngah berkata...

Assalamualaikum warahmatullah,

Saudara,

Saya selitkan dan abadikan mengenai kisah dan hasil tangan saudara iaitu "Merentas Samudera" dalam buku terbaru saya sempena Pesta Buku Antarabangsa 09 baru-baru ini.

Buku saya itu bertajuk "Jadi, Anda Mahu Menulis?" dicetak oleh JIMedia, Kuala Lumpur.

Wasalam...

Imran Yusof berkata...

Prof Dr Umi Kalthum Ngah,

Terima kasih.

Saya gembira dan merasa terharu dengan penghormatan itu.

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr Imran. Tahniah atas kerajinan Sdr. Saya melihat dari jauh dan gembira dengan keberhasilan Sdr. Teruskan.

Satira+Kacau

ise berkata...

Alhamdulillah,

Semakin Glamour ayah nampaknya...

Imran Yusof berkata...

Sdr SATIRA+KACAU,

Selamat datang. Terima kasih.

Saya percaya sdr juga tidak kurang juga dari segi kejayaan dari sudut yang tersendiri.

Wassalam. Saya percaya kita akan berjumpa lagi.

Imran Yusof berkata...

Ise,

Syukur..!

Kalau mahu Ise dan Along pun boleh berjaya.