Khamis, 1 Januari 2009

Pancing ikan air tawar tahun 2009



Dengan mempamirkan gambar setem ini bukan bererti saya berhasrat memulakan hobi mengumpul setem yang bertema ikan air tawar!

Saya bercadang memancing ikan air tawar yang dikatakan lebih mencabar dan lebih seronok, kerana lokasi yang baik untuk memancing ikan air tawar biasanya terletak jauh dari pekan dan bandar.

Saya akan mencadangkan operasi pancing ikan air tawar ini kepada rakan-rakan pengail: Alias, Haizat dan Talib.

Ke mana kita? Ke Tasik Raban, atau Tasik Banding atau Tasik Kenyir?

Dipersilakan buat cadangan!

3 ulasan:

KELAM TERANG BULAN berkata...

tu la pasal..ngat dah jumpa hobi baru pak...kuiikuii...dengar2 tasik banding kemain syok...dengar cite orang la...

Anonymous berkata...

Ini cadangan yang bagus..Asyik memancing ikan air masin je.. skali skala mancing ikan air tawar syok jugak..

Saudara Kelam Terang Bulan.. kalau boleh dapatkan gambar lokasi Tasik Banding.. dapat jugak lah kaki pancing yang tak biasa mancing ikan air tawar macam saya nie mengenal pasti padang pancing nie

zalizalu berkata...

assalammualaikum bl.. saya berminat nak beli setem ni... boleh tak emailkan saye