Rabu, 28 Januari 2009

Perkembangan di Somalia



Pihak tentera laut Perancis berjaya memberkas sembilan ahli gerombolan lanun ketika gerombolan itu sedang dalam percubaan merampas kapal kargo African Ruby, semasa kapal itu dalam pelayaran di luar pantai Somalia, Selasa lalu.

Baca berita lanjut DI SINI.

Dalam perkembangan lain, ahli gerombolan lanun yang merampas kapal tunda milik Nigeria, MT Yenagoa Ocean telah menembak mati beberapa orang ahli gerombolan itu sendiri akibat perselisihan faham. Kapal itu merupakan kapal yang paling lama dalam tawanan lanun, iaitu sejak 4 Ogos 2008. Kapal itu dikatakan telah dibiarkan begitu sahaja oleh pemiliknya dan hanya mula membantu semula setelah menerima pesanan rayuan daripada kapten kapal itu melalui sebuah organisasi kemanusiaan baru-baru ini.

Sila baca berita lanjut DI SINI.

Dalam perkembangan berkaitan, puak pro-Islam, al-Shabab diberitakan telah menawan bandar Baidoa, iaitu bandar yang menempatkan kerajaan TFG Somalia, sebaik sahaja tentera Ethiopia berundur dari negara itu. Kini, suasana politik negara itu semakin rumit kerana pihak UIC pimpinan Sheikh Sharif Sheikh Ahmad sudah bersetuju menjadi sebahagian daripada parlimen TFG atas dasar kerjasama bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bagi mencari penyelesaian masalah politik Somalia yang berlarutan sejak kerajaan pimpinan UIC diusir keluar dari Mogadishu pada tahun 2006 yang lalu.

Semoga pihak yang bersengketa di Somalia dapat mencapai kata sepakat demi keamanan dan kebaikan rakyat negara itu, dan pada masa yang sama masalah lanun di perairan Somalia dapat dibanteras sepenuhnya.

0 ulasan: